Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Thursday, May 19, 2011

Aneka Resepi Tradisional

Mahukan aneka Resepi Tradisional. Silalah baca resepi di bawah yang telah di ciplak entah dari mana-mana...dah lupalah download kat mana...tapi format asalnya dalam pdf tapi dah tukar pada word.Itu semua tak penting....yang penting resepi ni memang tradisional dan dijamin halal....tambahan pula memang menjadiiiiii....kalau tak percaya cubalah sendiri ya....




DAGING CINCANG GORENG BERBENDIR

Bahan-bahannya:

4 ulas bawang putih

6 biji cili merah

6 biji bawang merah

2 camca teh belacan

4 camca besar minyak sayuran

250 gm daging cincang segar Australia

sebelah atas, Knuckle, mata sepeha

300 gm bendir

1 biji lada Benggala merah, dipotong halus

2 camca besar kicap cair

1 camca teh gula

Cara :

1. Tumbuk lumat bawang putih, cili merah, bawang merah dan belacan.

2. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik baunya.

Masukkan daging cincang.

3. Masukkan bendir, lada benggala, kicap cair dan gula.

Goreng hingga sayuran-sayuran masak.

Thursday, May 5, 2011

Pelajar Dan Jadual Waktu

Mahukan petua membantu pelajar mengatur jadual secara efektif? Baca artikel di bawah ini. Semoga dapat membantu pelajar terutama para pelajar SMK Dato' Abdul Rahman Yassin untuk menghadapi peperiksaan sama ada peperiksaan dalaman mahupun peperiksaan PMR atau SPM.


Penjadualan Waktu adalah membuat dan melaksanakan jadual belajar agar dapat mengatur dan mengutamakan pelajaran anda dari segi membahagi waktu dengan aktiviti, keluarga, dan lain-lain.

Allah SWT Memakbulkan Doa Hambanya

Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Ia merupakan senjata bagi orang-orang mukmin. Begitu juga ia menjadi pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah SWT yang mutlak ke atas segala yang berlaku, manakala dari sudut yang lain pula, ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah SWT.

Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan dan apabila kita beribadat kepada Allah SWT, ia diibaratkan pula sebagai otak kepada ibadat tersebut.Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doa tertentu yang digalak supaya diamalkan sama ada sebelum memulakan sesuatu perbuatan ataupun selepas melakukannya.

Sunday, May 1, 2011

Pengurusan Jenazah Pesakit AIDS

Kali ini sekali lagi kami ingin memaparkan aktiviti-aktiviti yang sempat dilaksanakan di sekolah bagi memberi kefahaman yang jelas kepada para pelajar tentang sesuatu isu contohnya baru-baru ini SMK Dato' Abdul Rahman Yassin telah menganjurkan program Minggu Anti Dadah di bawah kelolaan Unit Kaunseling.

Apa yang menariknya sepanjang berlangsungnya program tersebut, turut diadakan ceramah bahaya HIV positif atau bahaya AIDS kepada manusia sama ada kerana menghisap dadah, seks bebas dan sebagainya. Ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Hospital Sultanah Aminah turut menyelitkan teori dan praktikal pengurusan jenazah bagi pesakit AIDS yang meninggal dunia.

Memang sangat menarik kerana selama ini para pelajar hanya diberitahu bahawa pesakit AIDS yang meninggal dunia akan diuruskan jenazahnya oleh pihak hospital. Namun kali ini mereka didedahkan pula dengan teori dan praktikal menguruskan jenazah pesakit AIDS secara langsung. Tapi bukanlah betul-betul menggunakan jenazah pesakit AIDS, cuma menggunakan kaedah simulasi sahaja di mana salah seorang pelajar telah sanggup menjadi model untuk dikapankan sepertimana kaedah yang sama digunakan untuk pesakit AIDS.

Oleh kerana masa yang sangat suntuk, maka penceramah terpaksa menunjukkan praktikal untuk mengapankan jenazah sahaja. Yang lain nampak macam biasa je, tapi yang berbeza ialah orang yang menguruskan jenazah ni mesti memakai sarung tangan, apron plastik dan kasut phua chu kang ( boot getah ). Manakala kain yang digunakan sama juga iaitu kain kapan putih sebanyak tiga lapis ( tiga helai ) dan sementara lapisan paling atas menggunakan plastik lutsinar.

Bagi bahagian memandikan jenazah, penceramah hanya mengajarkan teorinya sahaja di mana penegasan utama ialah tentang air yang digunakan iaitu mesti dicampur dengan clorox bagi membasmi kuman yang ada pada jenazah.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar berlangsungnya program tersebut:

Penceramah Jemputan dari HSA

Para pelajar lelaki sedang khusyuk mendengar ceramah

Begitu juga pelajar perempuan

Penceramah dibantu oleh tiga orang pelajar


Jenazah pesakit AIDS dibalut dengan plastik lutsinar
Jenazah selepas itu dibalut dengan tiga helai kain kapan putih

Proses mengapan hampir selesai

Friday, April 29, 2011

Solat Hajat Mingguan

Kami di SMK Dato' Abdul Rahman Yassin sekali lagi telah membuat penambahbaikan ke atas program yang kami laksanakan di sekolah.Untuk makluman semua terutamanya warga SDARY, penambahbaikan yang kami maksudkan ialah kami telah mengadakan program solat sunat Taubat dan solat sunat Hajat secara mingguan serentak dengan program membudayakan Al Quran.

Program yang kami adakan ini adalah atas idea dan inisiatif Pn Hjh Afrinah Bt Mohd Ikhsan selaku pengetua SDARY yang sangat mengambil berat tentang masalah tingkah-laku dan akhlak pelajar yang kurang bersungguh-sungguh berusaha untuk menjadi seorang pelajar muslim yang sebenar.Ini dibuktikan dengan sikap pelajar yang suka meninggalkan solat fardhu, banyak menimbulkan masalah disiplin, kurang menghormati ibubapa dan guru serta malas mengulangkaji pelajaran.

Program Membudayakan Al Quran

Alhamdulillah pada pagi Jumaat 29.04.2011 SMK Dato' Abdul Rahman Yassin seperti biasa memulakan paginya dengan program Membudayakan Al Quran.Pejam celik - pejam celik program ni sebenarnya dah berlangsung hampir 15 tahun di sekolah kami. Sepanjang tempoh tersebut, banyak jugalah versi yang dibuat bagi menambah - baikkan lagi program ini sesuai dengan peredaran masa.
Kami di SDARY - pada tahun ini - telah menetapkan pada setiap minggu pertama dan keempat untuk membudayakan Al Quran di mana program akan dimulakan pada pukul 7.15 pagi dengan membaca ayat-ayat suci Al Quranul Karim serta terjemahannya selama 7.40 pagi diikuti dengan tazkirah ringkas selama 10 minit dan berakhir pada pukul 7.50 pagi dengan doa penutup, berselawat dan bersalam-salaman.

Wednesday, April 27, 2011

Resepi Masakan Percuma 4

Dah agak lama juga kami tak masukkan resepi baru kat blog ni.Maklumlah sebagai guru memang banyak kerja yang nak diuruskan.....sesuatu yang dah tak larat nak bincang.....bincang ke tak bincang ke pasal kerja ni macam tulah jugak...ye...

Kali ni kami akan masukkan resepi yang ringkas je tapi berbaloi kalau mencubanya...tak percaya...cubalah try  test dulu.....


KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahan ( 10 keping )

- Untuk Kuih Cara -

1 biji telur

1 1/2 cawan tepung gandum

1 cawan santan

Garam / gula

Untuk Inti -

6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)

1/2 biji capsicum (cili sala)

3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)

1 biji bawang besar di potong dadu

2 sudu serbuk kari daging

Sedikit Daun bawang di potong halus

Sedikit daun sup di potong halus

Garam n ajinamoto

Cara-cara

1. Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau

sehingga sebati .. jgn cair sangat.

2. Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak

sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan
bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan
sup , masak sehingga kering kuahnya.

3. Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan

kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga
15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.

4. ** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sb takde acuan kuih cara n dapur

i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain.

Saturday, April 23, 2011

Menyelongkar Yahudi II

Siri 2 : The Coronation Stone:Jacob Pillow ( Batu Pertabalan: Bantal Yaakob )

Kembali semula kita membicarakan tentang siri Menyelongkar Yahudi dengan kepercayaan-kepercayaan mereka yang kebanyakannya menyeleweng dari fakta sebenar yang terdapat dalam kitab suci Taurat, ada juga yang tidak diketahui akan kesahihannya manakala hanya sebahagian kecil mempunyai persamaan dengan apa yang dinyatakan di dalam Al Quran dan Al Hadis.

Yang Kami maksudkan dengan menyeleweng itu ialah bersandarkan kepada sikap mereka terutamanya ahli-ahli agama atau pendeta mereka yang suka mengubah isi kandungan kitab Taurat sehingga sesuai dengan kehendak pembesar-pembesar atau sehingga sesuai dengan kehendak hawa nafsu mereka yang lemas dengan keseronokan dunia seolah-olah dunia ini tiada penghujungnya.

Sebelum ini kita menyelongkar kisah tentang The Wailing Wall atau Tembok Ratapan.Kali ini kita beralih pula kepada kisah Stone Of Jacob ( Batu Yaakob ) atau dikenali juga sebagai Jacob Pillow/Pillar ( Bantal Yaakob ), Stone Of Scone ( Batu Kuih Scone ), Stone Of Destiny ( Batu Takdir ), The Coronation Stone ( Batu Pertabalan ) yang sebenarnya mejadi kisah yang cukup masyhur di kalangan ahli kitab atau pengkaji sejarah di kalangan mereka yang beragama Yahudi mahu pun Nasrani ( Kristian ). Batu tersebut adalah sebuah batu blok berwarna kekuningan yang berukuran 26 inci, 16 lebar inci, dan 11 inci, dengan berat 152 Kg dan diukir dengan Salib Latin di atasnya.

Monday, April 18, 2011

Gempa Bumi Dari Perspektif Islam

Peristiwa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini yang mengorbankan ribuan nyawa manusia, telah mengingatkan kita kepada kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta dan pentadbir alam ini.Tiada satu pun makhluk di bumi ini selain dari manusia,jin dan syaitan yang berani mengengkari perintah Allah Azza Wa Jalla.Apabila mendengar seruan كن    maka  فيكون  lah kesudahannya.






Walau pun pada dasarnya banyak kajian dan teori yang telah dikemukakan bagi membongkar kerakusan gempa bumi dan tsunami ini terutamanya dari segi saintifik, namun kesudahannya tetap membawa kepada teori-teori dan persoalan-persoalan yang tiada bukti dan tiada jawapannya.

Wednesday, April 13, 2011

Belajar Modul Mail Merge

Modul Mail Merge (Microsoft Word +Microsoft Excell (Microsoft Office XP)
Sebenarnya modul mail merge ni dah lama kami gunakannya terutama
 apabila kami perlu membuat sijil yang melibatkan jumlah pelajar yang 
banyak seperti membuat sijil PAFA bagi pelajar-pelajar yang menduduki
 Peperiksaan PMR atau pun SPM.Tetapi baru-baru ni adalah ustazah 
kami yang dah terlupa cara-cara nak gunakan modul mail merge ni.
Itu yang rasa nak masukkan modul ni dalam blog kami dengan sedikit 
pengubahsuaian.

Terima kasih kepada sahabat Ibnu Muiz yang mengajar kami cara 
menggunakan modul ini.JazakAllah Khairan Kathiran.Dengar khabar 
dah menjadi orang penting kat JPN Selangor.Tahniah dari kami.

Modul ini dibina oleh beliau  untuk  membantu pengguna membuat 
 surat atau sijil yang banyak dengan menggunakan satu  muka surat 
MsWord serta mendapatkan data-data dari MsExcell.


Cuma kami telah  membuat sedikit pengubahsuaian bagi 
mempermudahkan lagi mereka  yang baru nak mencuba.Yang dah
 expert tu kalau nak tengok juga  dialu-alukan.Tapi modul yang 
ditunjukkan ini untuk Microsoft Office XP sahaja.Untuk 
Microsoft Office 2007 tu mungkin kami tunjukkan pada
lain entry...... kalau ada kesempatan....

Sunday, April 10, 2011

Menyelongkar Yahudi

Seorang pelajar telah bertanya kepada kami tentang "The Coronation Stone: Jacob Pillow" atau dalam bahasa melayunya "Batu Pertabalan: Bantal Yaakob" yang merupakan salah satu kepercayaan orang-orang Yahudi sehingga ke hari ini. 

Kami terdiam seketika kerana tiada fakta yang lengkap ketika itu untuk diberitahu kepada pelajar tersebut.Cuma yang mampu kami beritahu ialah ia adalah kepercayaan agama yahudi yang masih di yakini hingga ke hari ini.

Bermula dari situ, timbullah satu idea untuk kami selongkar serba sedikit kepercayaan-kepercayaan orang yahudi yang masih menebal dalam diri mereka sehingga menyukarkan mereka untuk melihat kebenaran yang dibawa oleh agama Islam di samping kesombongan dan kederhakaan mereka kepada Allah SWT sebagaimana yang banyak dinyatakan di dalam Al Quran.

Semoga tulisan ini akan membawa manfaat kepada kita semua.Amin.

Saturday, April 9, 2011

Rehatkan Minda Anda

Minda atau akal adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai kepada kita.Kerana mindalah kita diberi kepercayaan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.Kerana mindalah kita diiktiraf sebagai sebaik-sebaik makhluk kerana mampu mengawal nafsu dari berleluasa mengawal diri.Kerana minda jugalah kita dapat membezakan di antara yang hak dan yang batil.


Namun begitu, sesuatu yang mungkin tidak mampu dielakkan, bebanan kerja atau masalah boleh mengganggu minda seseorang,Jadi cara terbaik kita mesti merehatkan minda kita untuk seketika.Lakukan sesuatu aktiviti yang sesuai untuk kita merehatkan minda.Minda yang sihat membantu kita menjalani hidup yang sihat.


Cara merehatkan minda bergantung kepada individu seseorang,mengikut kesukaannya,ada orang lebih suka mengambil wudhuk, melakukan ibadat atau membaca Al Quran.Tak kurang juga ada yang suka bersukan,melancong,bergelak ketawa, berhibur dan sebagainya.Kita mesti pandai menguasai minda,jangan sampai minda menguasai kita.kalau minda menguasai kita,punah lah seluruh kehidupan kita,

Friday, April 8, 2011

Belajar Ilmu Usul Fiqh

 Ilmu Usul al-Fiqh (Bahasa Arab: أصول الفقه) merupakan merupakan salah satu cabang ilmu yang berperanan penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul, di mana masalah ini tidak dijumpai sebarang nas-nas dari al-Quran atau as-Sunnah.

Perkataan Usul al-Fiqh berasal dari dua perkataan bahasa Arab, iaitu Usul dan al-Fiqh. Dari segi bahasa, Usul bererti asas, sumber, kaedah atau dalil, manakala al-Fiqh membawa maksud memahami sesuatu perkara. Dari segi syarak pula, al-Fiqh bererti pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.

Hasil daripada gabungan Usul dengan al-Fiqh, maka terbentuklah satu istilah yang tersendiri iaitu Usul al-Fiqh. Ilmu Usul al-Fiqh membawa definisi ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.

Thursday, April 7, 2011

Akidah Islamiyah

Akidah,tauhid dan usuluddin walau pun berlainan sebutan tapi tetap menjurus kepada maksud yang sama. Iaitu berkaitan ilmu yang menjelaskan kepercayaan seseorang tentang ketuhanan, kerasulan dan perkara-perkara Sam’iyah, iaitu perkara ghaib yang hanya diketahui dan didengar melalui Al-Qur’an dan Al-Hadith.

Selain itu ilmu ini juga dapat mendedahkan kesesatan dan kebatilan khususnya dari kalangan musuh-musuh Islam sama ada dari golongan orang kafir mahu pun dari golongan munafikin terhadap orang yang beriman. Oleh itu Aqidah Tauhid mempunyai peranan di dalam pembinaan sahsiah dan jati diri seseorang.

Para Ulamak sepakat mengatakan bahawa Aqidah Tauhid adalah dasar yang paling utama untuk
mengenal Allah dan menjadi pokok serta dasar pemikiran dalam membentuk kerangka dan perjuangan membina Tauhid secara sepadu disamping ia mengandungi ajaran yang seimbang antara jasmani dan rohani.

Selain mendasari pemikiran, Aqidah juga mendasari amalan. Amalan seseorang walau sebaik mana sekalipun, tidak akan diterima oleh Allah s.w.t kecuali dilakukan oleh orang yang beriman yakni berpegang kepada Aqidah yang benar dan sah, Ini kerana amalan orang yang tidak mempunyai Aqidah, tidak akan mengambil kira dari segi sah atau batal, halal atau haram, suruhan atau larangan. Mereka juga tidak mengharapkan pahala serta tidak takut akan siksaan hari kemudian dan seterusnya beramal dan bekerja bukan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Untuk mendalami tentang ilmu akidah ini maka kami telah menyediakan untuk rakan-rakan satu e book yang bertajuk Akidah Islamiyah yang telah dikarang oleh Sofwan Abbas MA.Untuk membacanya silalah ke menu Pedoman di bahagian header blog ini.Selamat membaca.

Wednesday, April 6, 2011

Kitab La Tahzan Terapi Jiwa

ِAllah SWT berfirman :

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمْوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

سورة البقرة - سورة 2 - آية 

Maksudnya: "Dan sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan ketakutan, kelaparan, kehilangan harta benda, kehilangan nyawa dan kemusnahan hasil pertanian dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar"

Jika diperhatikan kepada ayat ini, maka sudah tentu kita dapat membayangkan bahawa hidup di dunia ini sebenarnya merupakan medan bagi Allah SWT menguji hamba-hambanya.

Bertolak dari situ, akan muncullah beberapa persoalan di benak pemikiran kita;Bila kita akan di uij?Mengapa kita diuji? Dengan apa kita diuji?

Tuesday, April 5, 2011

Mahir Komputer 4

Sebelum ini kami telah memasukkan dalam blog kami 3 siri e book berkaitan dengan komputer.Dua dari cekapkomputer dan satu dari jomphp yang sekali lagi kami nyatakan di sini telah dijariahkan secara percuma oleh pemilik asal kesemua e book tersebut.

Sesiapa yang telah membaca e book tersebut insyaAllah sedikit sebanyak akan mendapat manfaat daripadanya walaupun isu-isu yang dipaparkan di dalamnya agak lama sikit.Tetapi bagi yang masih segan-segan nak belajar komputer tentulah e book ini amat bermanfaat bagi mereka.

Hari ni kami nak berkongsi satu lagi e book yang membicarakan tentang perkara-perkara yang berkaitan tentang kemahiran mengoptimumkan penggunaan komputer.E book tersebut Alhamdulillah telah disumbangkan secara percuma oleh penulis Hardyweb.JazakAllah.

Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang e book ini sila klik di sini..... Sesiapa yang nak download kesemua e book yang nyatakan tadi kenalah pergi ke laman web asal mereka ya.....

Resepi Mee Percuma


Dah cuba belum dua koleksi resepi percuma yang kami berikan sebelum ni....Kalau tak berapa nak menjadi tu...janganlah nak marah-marah pulak ya...sebab kami dapat pun percuma juga.Resepi tu bukan hasil dari eksperimen kami tau...jadi tak dapatlah kami nak tolong.

Hari ni kami nak kongsikan pula satu lagi resepi percuma tapi kali ni khusus untuk masakan yang berasaskan mee.Ada macam-macam masakan mee dalam tu tau....kalau nak tahu layanlah kat sini haaaa....sini...

Friday, April 1, 2011

Koleksi Lawak Jenaka

Rasa bosan.....rasa tension....mungkin stress...mungkin marah...mungkin kecewa...mungkin juga letih atau mengantuk....bawa-bawalah berehat sekejap dengan membaca koleksi lawak jenaka yang kami muatkan pada menu Rehat Minda di bahagian header blog kami.

Moga-moga dengan melayan lawak jenaka ini rasa bosan dan tension tadi dapat dikurangkan.Maklumlah sebagai guru, kita ni kena melayan karenah anak-anak murid yang bermacam ragam, sebagai murid pula nak kena menghadapi pelajaran yang bermacam tahap kesukarannya.Itulah asam garam kita ni sebagai warga sekolah...ye tak?

Sebenarnya kami ni main copy je lawak jenaka ni dari laman sesawang tertentu yang kami sebutkan sekali bersama-sama dengan lawak jenaka tu.Nak buat lawak sendiri kami bukannya raja lawak.Jadi terpaksalah copy orang punya....dengan harapan untuk menghilangkan tension orang...Harap-harap tuan punya lawak yang asal tak bengkak hati dengan kami...Layanlah ye....jangan tak layan...

Thursday, March 31, 2011

Mahir Komputer 3


Sekali lagi kami ingin berkongsi dengan pengungjung-pengungjung blog kami dengan e book percuma tentang kemahiran menggunakan komputer.Sebelum ini kami telah memaparkan dua edisi e book dari www.cekapkomputer.com iaitu bagi e book keluaran tahun 2008 dan 2009.

Kali ini e book yang kami ingin kongsikan bersama-sama dengan rakan-rakan ialah e book edisi percuma dari jomphp.com yang kami muat turun dari laman web tersebut sendiri.JazakAllah khairan kathiran kepada penulis asal e book ini kerana sudi berkongsi ilmu dan kemahirannya dengan kita semua.

Sila klik di sini bagi membaca e book tersebut.

Halal Dan Haram Dalam Islam - Dr Yusof Al Qardhawi


Kitab  al-Halal wa al-Haram fi Islam merupakan antara karya yang awal dikarang oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi. Cetakan pertama bermula pada tahun 1959M dan dicetak lebih daripada 13 kali di samping secara cetak rompak yang telah dilakukan banyak kali.

 Berkenaan dengan kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam ini, ia menjadi kitab masyhur di seluruh dunia, lebih-lebih lagi di Tanah Arab. Syeikh Ali al-Tantawi, sasterawan Islam terulung telah menjadikan buku ini sebagai teks pengajarannya di Kuliyah al-Tarbiyah, Arab Saudi.

Berkenaan dengan buku ini, Mufti Besar Arab Saudi, al-`Allamah Syeikh Abdul Aziz bin Baz pernah menghantar surat dan memberitahu bahawa Kementerian Penerangan bertanyakan kepadanya status buku ini sama ada dibenarkan untuk memasuki pasaran atau sebaliknya. Beliau menambah, ramai ulama’ membuatmulahazah dan kritikan dalam lapan masalah yang memerlukan i’adah al-nazaratau kajian semula.

Baca E Book Tentang Islam Secara Online

Alhamdulillah kami telah berkesempatan untuk memasukkan beberapa e book yang membicarakan tentang Agama Islam .E book ini samaada kami dapatkan secara percuma atau telah di muat turun daripada file hosting tertentu yang juga adalah percuma.

Sekiranya ada yang tidak setuju kami memasukkan e book tersebut maka hendaklah menghubungi pihak kami untuk dipadamkan dari page ini.Namun begitu pembaca e book ini dinasihatkan agar merujuk kepada mereka yang lebih arif bagi memahami kandungannya dengan lebih mendalam atau jika menghadapi sebarang kemusykilan bagi memahami sesuatu isu atau sesuatu perkara.Sila buka page atau menu e book di bahagian header blog ini bagi membaca  e book tersebut.Terima kasih .

Wednesday, March 30, 2011

Pengenalan Akhlak Islam

KONSEP AKHLAK

Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut. Jika baik jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak yang buruk.

Dari sini ternyata kedudukan akhlak dalam kehidupan manusia sehingga di kalangan orang yang tidak bermoral mereka merasakan perlu adanya suatu akhlak yang diakui bersama oleh mereka supaya dapat mengatur kehidupan yang lebih baik menurut pandangan mereka.

Konsep Asas Ilmu Akidah

Pengenalan
Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat. Akidah dari sudut istilah ialah kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamad tidak bercampur dengan syak atau keraguan pada seseorang yang berakidah sama ada akidah yang betul atau sebaliknya.
Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah sebagai rabb dan ilah serta beriman dengan nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga beriman dengan adanya malaikat, kitab-kitab, para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjuknya. Oleh itu, akidah Islam ialah keimanan dan keyakinan terhadap Allah dan RasulNya serta apa yang dibawa oleh Rasul dan dilaksanakan dalam kehidupan.

Monday, March 28, 2011

Kesilapan Teknikal

Kami nak minta maaf banyak-banyak kepada mereka yang mengunjungi blog ini dan cuba klik kat mana-mana fail yang telah kami "link"kan pada tempat simpanan fail tapi malangnya tak dapat.

Sebenarnya kami dah simpan fail-fail tersebut kat Google docs tapi terlupa untuk tukarkannya untuk tatapan umum.Alhamdulillah kami terperasan masalah tersebut dan semuanya telah berjaya diatasi.Cuma kena sabar sikitlah......sabar bila fail tu "loading"....Kalau nak senang terus download je....kami tak kisah pasal kami dapat pun dengan percuma....

Terima kasih juga kerana sudi mengunjungi blog kami.Bagitaulah kawan-kawan tentang blog kami...bukan apa,kami nak sangat kalau ada yang sudi-sudi kongsikan dengan kami bahan-bahan lain yang boleh dijadikan sumber ilmu.

Cuba kita renungkan mafhum hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,"Apabila mati anak Adam maka terputuslan segala amalannya kecuali tiga perkara:Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuk ibubapanya".

Jadi kalau nakkan akaun pahala kita tetap bertambah walaupun disaat kita tiada peluang lagi untuk beramal, maka sebar-sebarkanlah ilmu yang ada tu.....





Saturday, March 26, 2011

Isu Bacaan Doa

Kenapa pula kami memilih tajuk di atas kali ini.Lain macam je bunyinya.Baca doa pun ada isu ke?Sebenarnya ada...siapa cakap tak ada?Pernah tak terfikir kalau kita diminta orang untuk membaca doa dalam sesuatu majlis sedangkan dalam majlis tu ada perkara-perkara yang kita rasakan tak berapa sesuai untuk memohon keberkatan dan rahmat Allah .

Sebagai contoh majlis yang menyelitkan sama nyanyi-nyanyian,tari-tarian,sukan olahraga yang pakaian pesertanya sangat mencolok mata,meraikan orang bukan Islam yang akan bersara dan macam-macam lagi isu yang memeningkan kepala terutamanya kami guru-guru Pendidikan Islam.

Mahir Komputer Lagi


Macamana dengan ebook Cekap Komputer edisi 2008 tu.Memang banyak informasi tentang komputer yang berguna dalam tu.Terima kasih sekali lagi kat penulis di www.cekapkomputer.com kerana memberikannya secara percuma.

Tak kisahlah kalau isu-isu dalam tu yang dah lama ke,dah basi ke atau dah ketinggalan ke.Janji ianya adalah ilmu.Mungkin ada di antara anda yang dah tahu banyak perkara tentang komputer tapi rasanya tak salah kalau kita sama-sama berkongsi ilmu kan...Kalau nak tahu lagi pasal komputer ni jom baca pulak ebook Cekap Komputer 2009...

Mahir Komputer


Kepada pengungjung-pengungjung blog kami tak kiralah sama ada guru,murid atau sesiapa sahaja yang sudi menjengah blog ini,kami ingin berkongsi satu lagi kemahiran yang berfokuskan kepada komputer.Tetapi bukan kami yang sediakan semua bahan tu.Cuma di beri percuma oleh penulis asal www.cekapkomputer.com melalui satu ebook edisi percuma.Dia ada berikan dua edisi untuk ebook tersebut.Sekarang ni saya muatkan dulu ebook Cekap Komputer 2008.

Layan ye jangan tak layan pulak.Penat upload tau......Kalau internet tu slow gila..maklumlah...Malaysiaaaa...sekali lagi...Malaysiaaaa...ha...ha...buatlah apa yang patut macam solat sunat ke,baca al Quran ke,zikir ke..dapatlah juga tambahkan pahala ye...

Tak lupa juga jazakAllah khairan kathiran kepada penulis asal e book ini kerana sudi berkongsi ilmu dan kemahirannya dengan kita semua .



Qada' Dan Fidyah Puasa

Ada di antara orang Islam kurang memberi tumpuan kepada masalah qada' dan fidyah puasa.Al maklumlah bulan Ramadhan yang lepas telah pun berlalu - buat apa nak susah-susah - yang tahun ni pula lama lagi nak tiba.Yang memang jenis liat nak ganti puasa tu lagilah sengaja buat-buat tak ingat.Pada hal meninggalkan qada' dan fidyah puasa ni boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.Bahkan akan ditambah lagi koleksi dosa kita yang saban hari dok kumpul tanpa rasa segan.

Apa-apa hal pun elok juga rasanya
kalau kita berkongsi maklumat mengenai fidyah & qada’ puasa ni. Mungkin
ada yang kurang jelas tentang perkara ni.

Friday, March 25, 2011

Blog Dah Hampir Siap

Alhamdulillah....syukur...tepat jam 2.30 pagi...akhirnya blog ni dah hampir-hampir nak siap.Tapi masih ada lagi yang nak kena "touch up".Lama jugalah ambil masa untuk siapkan blog ni.Yelah sambil-sambil belajar.Merata jugalah "surf" kat internet.Paling mencabar sekali masa nak edit html tu...nak ubah background,nak masukkan widget yang Islamik sikit sesuai dengan blog ni dan macam-macam lagi.Hampir dua minggu juga...Terima kasihlah banyak-banyak kat guru-guru di cyber space ni yang banyak berkongsi ilmu pada kami budak baru belajar.Lain kali ajar lagi ye.....dan kami pun memang akan terus belajar kerana mencari ilmu itu tiada sempadan dan tiada nokhtahnya.

Resepi Masakan Percuma 2


Nak lagi tak resepi masakan percuma.....kalau nak....kali ni kena caj sikit....ha..ha..saja je buat gempak.Resepi ni sama juga dapat free...tapi entah kat mana dapat hari tu...download kat scribd kot...apa-apa pun tengok jelah kat sini ye.....

Resepi Masakan Percuma 1


Nak resepi masakan percuma....jom jengah-jengah kat sini.Sebenarnya dah lupa resepi ni copy kat mana.Tapi yang pastinya dapat percuma je...harap-harap tuan punya resepi yang asal halalkan resepi dia untuk sama-sama berkongsi ilmu.

Friday, March 11, 2011

KURSUS LDP-Pembinaan Blog Panitia

Tarikh : 12 Mac 2011
Masa : 8.00 Pagi - 2.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Guru
Kehadiran : Semua guru

Hari ni semua guru sibuk menyiapkan blog untuk panitia masing-masing.Kami di Panitia Pendidikan Islam tak berapa kelam-kabut sangat bukanlah kerana dah pandai tapi Ustazah Norrhan dah buat blog untuk panitia sebelum ni.Masa tu dia pergi kursus pembinaan blog dengan Ustaz Khairul Annuar Ramlan dari SM Teknik Perdagangan.

Cuma blog tu kira asas jelah macam guru-guru lain tengah buat sekarang.Pasal dah ada, adalah antara kami yang cuba buat blog untuk diri-sendiri.Akhirnya blog kami kekallah dengan yang asal.Jadi kami berazam untuk "touch up" lagi bagi blog tu lebih umpphh.....Kita sama-samalah tengok hasilnya nanti.








Wednesday, March 2, 2011

solat hajat 2011

Sejuk mata memandang bila tengok anak-anak sdary macam ni....bertuah ibu-ibu mengandung..Mintak-mintaklah solat fardhu pun rajin macam ni....Amin...