Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Friday, April 29, 2011

Program Membudayakan Al Quran

Alhamdulillah pada pagi Jumaat 29.04.2011 SMK Dato' Abdul Rahman Yassin seperti biasa memulakan paginya dengan program Membudayakan Al Quran.Pejam celik - pejam celik program ni sebenarnya dah berlangsung hampir 15 tahun di sekolah kami. Sepanjang tempoh tersebut, banyak jugalah versi yang dibuat bagi menambah - baikkan lagi program ini sesuai dengan peredaran masa.
Kami di SDARY - pada tahun ini - telah menetapkan pada setiap minggu pertama dan keempat untuk membudayakan Al Quran di mana program akan dimulakan pada pukul 7.15 pagi dengan membaca ayat-ayat suci Al Quranul Karim serta terjemahannya selama 7.40 pagi diikuti dengan tazkirah ringkas selama 10 minit dan berakhir pada pukul 7.50 pagi dengan doa penutup, berselawat dan bersalam-salaman.

Pada minggu kedua akan diadakan program bacaan Yaasin dan juga Tahlil manakala pada minggu ketiga pula akan diadakan program solat sunat Taubat dan solat sunat Hajat.Program-program tadi InsyaAllah akan di masukkkan dalam blog ini sedikit masa lagi untuk pengetahuan para warga SDARY atau mereka yang membaca blog ini termasuklah para ibu-bapa.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar berlangsungnya program membudayakan al Quran :

Ustaz Mansor sedang memimpin program bersama-sama dengan Suhaimi Sanusi


Barisan Pengurusan SDARY turut bersama-sama menjayakan program membudayakan Al Quran


 Guru-guru turut tekun menghayati bacaan ayat-ayat suci al Quranul Karim

Pn Hjh Afrinah Pengetua SDARY sedang menyampaikan tazkirah dan menutup program dengan bacaan doa

Bakal-bakal isteri dan ibu yang solehah....Aminnnn...

No comments:

Post a Comment