Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Sunday, April 10, 2011

Menyelongkar Yahudi

Seorang pelajar telah bertanya kepada kami tentang "The Coronation Stone: Jacob Pillow" atau dalam bahasa melayunya "Batu Pertabalan: Bantal Yaakob" yang merupakan salah satu kepercayaan orang-orang Yahudi sehingga ke hari ini. 

Kami terdiam seketika kerana tiada fakta yang lengkap ketika itu untuk diberitahu kepada pelajar tersebut.Cuma yang mampu kami beritahu ialah ia adalah kepercayaan agama yahudi yang masih di yakini hingga ke hari ini.

Bermula dari situ, timbullah satu idea untuk kami selongkar serba sedikit kepercayaan-kepercayaan orang yahudi yang masih menebal dalam diri mereka sehingga menyukarkan mereka untuk melihat kebenaran yang dibawa oleh agama Islam di samping kesombongan dan kederhakaan mereka kepada Allah SWT sebagaimana yang banyak dinyatakan di dalam Al Quran.

Semoga tulisan ini akan membawa manfaat kepada kita semua.Amin.



Siri 1: Tembok Ratapan (The Wailing Wall ) 

Tembok Ratapan ( The Wailing Wall ) adalah dinding barat kompleks Temple
Mount
yang terletak di Jerusalem Timur. Bahagian luar
dinding ini yang memiliki panjang 49 meter dan tinggi 12 meter, sejak lama digunakan penganut agama Yahudi sebagai
tempat bersembahyang pada hari-hari tertentu.

Tembok Ratapan ( The Wailing Wall )

Di kompleks yang sama,  terdapat beberapa bangunan diantaranya Qubbatus Sakhrah, Masjid Al Aqsa dan Masjid Umar di mana penganut agama Islam mengelarkannya sebagai Haram al-Sharief .

Qubbatus Sakhrah ( Dome Of Rock )

Masjid Al Aqsa

Masjid Umar

Penganut Kristian dan Yahudi meyakini bahawa di tempat berdirinya Masjid Umar inilah di masa lalu berdirinya Solomon Temple atau Kuil Nabi Sulaiman, rumah Tuhan yang didirikan oleh Nabi Sulaiman di zaman keemasan Kerajaan Bani Israel, sekitar 3 ribu tahun yang lalu.


Gambaran Solomon Temple

Tembok Ratapan ( The Wailing Wall ) atau Tembok Barat adalah sisa dari kuil Yahudi yang besar, yang sudah berdiri selama hampir 500 tahun SM. Herodes mulai membina semula dan membuat penambahan ke atas kuil itu sekitar 19 SM, dan kerja sepenuhnya belum selesai sehinggalah lima puluh tahun kemudian. Kuil itu sendiri dihancurkan oleh Rom hanya beberapa tahun selepas selesai kerja-kerja pembinaannya, sekitar tahun 70 SM.

Lukisan Serangan Ke Atas Solomon Temple

Saät ini, hanya "Tembok sebelah Barat" yang tersisa dari bangunan kuil atau istana yang masih berdiri.

Tembok Sebelah Barat

Alasan mengapa istana ini, sebagaimana banyak tempat lain yang berada di Jerusalem kemudian dihancurkan adalah kerana tindakan jahat serta kesombongan dari bangsa Yahudi. Hal ini diberitahukan oleh Al Qurán sebagai berikut :

Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar". Maka apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) pertama dari kedua (kejahatan) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung, dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana.

Kemudian Kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar. Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.(QS al Isra 4-7).

Lukisan Rom Menyerang Yahudi

Tembok Ratapan dianggap oleh orang Yahudi sebagai tempat yang paling suci , kerana ia dianggap sebagai tempat di mana Allah berada di bumi. Berdoa di Tembok Ratapan menandakan berada di hadapan Tuhan. Yahudi dari semua negara bahkan ada juga pelancong dari latar belakang agama lain, datang untuk berdoa di dinding, di mana dikatakan salah satunya mempunyai "telinga tuhan."

Orang Yahudi Sedang Berdoa

Mereka yang tidak boleh berdoa di dinding boleh menghantar doa atau meminta Kaddish untuk menyampaikannya kepada roh mereka yang tersayang yang telah meninggal dunia.


Kaddish

Doa akan dihantar dan ditempatkan ke celah-celah retakan dinding yang disebut sebagai tzetzels. Biasanya ada bayaran kecil untuk perkhidmatan ini.

Tzetzels

Nama "Wailing Wall" sebenarnya datang dari istilah Kristian. Orang Yahudi merujuk pada dinding sebagai Tembok Barat atau Kotel HaMaaravi. Walaupun Tembok Ratapan telah dianggap tempat yang paling suci di bumi untuk orang Yahudi, ia jugalah menjadi punca kesedihan dan peperangan.

Sepanjang Perang Salib, Jerusalem berada di bawah pengaruh tentera salib Eropah untuk masa yang singkat . Ia dimiliki oleh Sepanyol, kemudian Turki. Selama pendudukan Sepanyol, Orang-orang Yahudi telah diseksa kerana penganut Katolik dikatakan keliru dan menganggap kematian Nabi Isa adalah berpunca daripada orang Yahudi.

Mana-mana orang Yahudi yang tidak disingkirkan dari Jerusalem, atau dihukum mati, mereka pasti tidak diberikan kebenaran untuk ke Tembok Ratapan.Namun pada abad ke-16, orang Yahudi telah dibenarkan kembali berada di Tembok Ratapan untuk berdoa dan berkumpul di sana. Keizinan ini diberikan oleh Sultan Arab, Sultan Salim dengan tujuan untuk mencari bukti arkeologi bahwa dinding tersebut wujud dan telah ditimbus tanpa kerelaan orang Yahudi.

Hubungan harmoni dengan orang Islam dalam beribadah di dinding bertahan hingga abad ke-19. Kemudian, pemimpin Yahudi ingin mengawal Tembok Ratapan dan usaha telah dilakukan baik oleh orang Islam mahu pun orang Yahudi untuk memilikinya. Akhirnya, para pemimpin Arab dapat mengawal Tembok Ratapan dan melarang orang Yahudi berkumpul di sana. Dikatakan ini menjadi punca sakit hati kebanyakan orang Yahudi, iaitu larangan untuk beribadat di pusat keagamaan mereka.

Perjuangan untuk kegunaan Tembok Ratapan terus berlanjutan hingga abad ke-20, dengan kepahitan di antara kedua-dua kumpulan agama. Islam membuat tuntutan di atas faktor-faktor keagamaan, seperti halnya agama Yahudi, dan sebahagiannya memberi alasan bahawa nabi Muhammad naik ke syurga baik berdekatan atau di Tembok Ratapan.

Dengan penubuhan Israel, kawalan Tembok Ratapan kembali kepada orang-orang Yahudi pada tahun 1967. Namun begitu, di sebalik kepercayaan bahawa ia adalah tempat paling suci bagi orang-orang Yahudi, ia tetap memalitkan kepahitan yang sangat dalam kerana memberikan sumbangan kepada hubungan buruk di antara negara-negara Arab dan Israel.

Sementara permusuhan terus berjalan, Tembok Ratapan juga menjadi tempat memperbaiki hubungan antara Yahudi dan Katolik. Pope John Paul II adalah pope pertama yang berdoa di dinding, serta di sebuah rumah ibadat di mana dia meminta maaf selepas berkurun-kurun penganiayaan Katolik ke atas Yahudi, dan menggelarkan orang Yahudi sebagai “abang yang tua”  kepada orang Katolik.

Hari ini Tembok Ratapan boleh dikunjungi setiap hari, meskipun pelancong digalakkan untuk ke sana namun kaum wanita tidak kira dari apa pun latar belakang agama, mesti menghormati undang-undang Yahudi, dan diharuskan memakai pakaian sederhana, dan ada pintu masuk yang berasingan untuk lelaki dan wanita, meskipun mereka dapat berkumpul kembali di Tembok.



Kaum Wanita di Tembok Ratapan

Walau pun tampak orang-orang Yahudi begitu memelihara dan menyucikan tembok ini, namun bagi kita orang Islam mereka tetap tidak berhak bahkan tidak layak untuk mendiami Tanah Suci Baitul Maqdis termasuklah Jerusalem.Mengapa?

Seluruh kaum terdahulu yang disebutkan kisah mereka di dalam Al Quran, patut mendapat hukuman dari Allah SWT lantaran kebiadapan dan kemungkaran yang mereka lakukan serta ketidak syukuran mereka atas kurniaan Allah SWT, dan natijahnya mereka ditimpa bencana.

Setelah berpindah-pindah darl  satu tempat ke tempat lain tanpa negara dan wilayah, dan akhirnya menemukan sebuah rumah di tanah suci pada masa Nabi Sulaiman, bangsa Yahudi sekali lagi dihancurkan karena perilaku yang diluar batas, dan karena tindakan mereka yang merosak dan membangkang. Yahudi moden yang telah merampas dan menjajah daerah yang sama dengan daerah dimasa lalu, kembali menyebabkan kerosakan dan "berbesar hati dengan kesombongan yang luar biasa" sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama.
Moga Allah SWT melaknat dan menghukum kamu sekali lagi lantaran sikap kamu yang tidak pernah berubah.WallAhu a’alam.

No comments:

Post a Comment