Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Friday, April 8, 2011

Belajar Ilmu Usul Fiqh

 Ilmu Usul al-Fiqh (Bahasa Arab: أصول الفقه) merupakan merupakan salah satu cabang ilmu yang berperanan penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul, di mana masalah ini tidak dijumpai sebarang nas-nas dari al-Quran atau as-Sunnah.

Perkataan Usul al-Fiqh berasal dari dua perkataan bahasa Arab, iaitu Usul dan al-Fiqh. Dari segi bahasa, Usul bererti asas, sumber, kaedah atau dalil, manakala al-Fiqh membawa maksud memahami sesuatu perkara. Dari segi syarak pula, al-Fiqh bererti pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.

Hasil daripada gabungan Usul dengan al-Fiqh, maka terbentuklah satu istilah yang tersendiri iaitu Usul al-Fiqh. Ilmu Usul al-Fiqh membawa definisi ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.Penerangan awal tentang ilmu Usul Fiqh tadi dipetik dari laman web halaqah.net. Sesiapa yang ingin mendalami ilmu Usul Fiqh bolehlah membaca e book bertajuk Prinsip Ilmu Usul Fiqh oleh As Syeikh Muhammad bin Soleh Al Uthaimin.Sila klik menu Pedoman pada bahagian header blog kami untuk membacanya. 

Namun begitu rakan-rakan diminta untuk bertanya kepada mereka yang lebih arif jika menghadapi masalah untuk memahami tentang sesuatu perkara berkenaan Usul Fiqh.Selamat membaca....

No comments:

Post a Comment