Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Wednesday, April 27, 2011

Resepi Masakan Percuma 4

Dah agak lama juga kami tak masukkan resepi baru kat blog ni.Maklumlah sebagai guru memang banyak kerja yang nak diuruskan.....sesuatu yang dah tak larat nak bincang.....bincang ke tak bincang ke pasal kerja ni macam tulah jugak...ye...

Kali ni kami akan masukkan resepi yang ringkas je tapi berbaloi kalau mencubanya...tak percaya...cubalah try  test dulu.....


KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahan ( 10 keping )

- Untuk Kuih Cara -

1 biji telur

1 1/2 cawan tepung gandum

1 cawan santan

Garam / gula

Untuk Inti -

6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)

1/2 biji capsicum (cili sala)

3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)

1 biji bawang besar di potong dadu

2 sudu serbuk kari daging

Sedikit Daun bawang di potong halus

Sedikit daun sup di potong halus

Garam n ajinamoto

Cara-cara

1. Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau

sehingga sebati .. jgn cair sangat.

2. Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak

sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan
bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan
sup , masak sehingga kering kuahnya.

3. Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan

kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga
15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.

4. ** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sb takde acuan kuih cara n dapur

i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain.
Mee Hailam

Bahan-bahan ( 4 org mkn )

500 gram mee kuning

2 kpg dada ayam (di potong dadu)

15 ekor  udang (sedarhana)

3 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

1 sudu besar cili giling

15 gram udang kering

1 cwn taugeh

1 batang lobak merah(dipotong julian)

1 bungkus 'baby corn'

daun sup dan daun bawang

2 biji limau nipis

Sos cili dan sos tomato & Kicap

1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air

Cara-cara

1. -bawang merah,putih & udang kering di blender/di kisar sekali.
2. -tumis bawang (putih dan merah) yang telah diblender sehingga naik baunya.

-kemudian masukkan ciligiling dan kacau hingga garing.

3. -masukkan udang dan serta ayam tadi.Tambah garam, ajinomoto (optional) serta

sedikit gula (secukup rasa).

4. -masukkan lobak merah,'baby corn' dan kobis. Masukkan pula mee. -tuangkan sos

cili dan sos tomato ke dalam ramuan tadi.

5. -tuangkan pula tepung jagung yang telah dibancuh bersama air dan kacau.
6. -akhir sekali masukkan kicap dan gaulkan sehingga masak.
7. -Untuk menghidangnya, taburkan sedikit bawang goreng, cili jeruk,daun sup dan

daun bawang serta hirisan limau nipis. juga dengan telur ayam...ikut citarasa
masing2x
Mee Kari Bonda

 Bahan-bahan ( 6 orang )

*** Bahan untuk kuah :

4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan

sedikit air / santan

1.5 liter air + 1 kotak santan (200ml) - guna santan fresh

pun boleh

1 tin sardin kecil – dikisar sedikit, jangan sa mpai terlalu

hancur (**) - dikisar berasingan dari bahan (*)

500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan

jika terlalu banyak)

4 tangkai daun kari

Bunga cengkih & kayu manis secukupnya

1 labu bawang besar – dikisar (*)

6 ulas bawang merah – dikisar (*)

6 ulas bawang putih – dikisar (*)

200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang

Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa

4 keping asam keping / asam gelugur

Garam & perasa secukupnya

*** Lain-lain bahan & hiasan :

1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan

Taugeh – dicelur

Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur

Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa

Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh

Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa

Cili merah – dihiris halus

Daun bawang & daun sup – dihiris halus

Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Cara-cara

1. Untuk kuah : Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan

yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.

2. Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan sedikit santan dan juga ikan sardin yang telah dikisar tadi. Biarkan hingga

mendidih.

4. Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
5. Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
6. Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.
7. Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...
8. Cara hidangan : Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang

panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya. Tabur cili merah, daun sup/bawang,
perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!
Soto ayam

Bahan-bahan ( 2-3 org kot )

1 ekor  ayam - direbus

Sup Bunjut ADABI

B.merah, b.putih, halia - ditumis

Nasi impit ADABI - rebus je yg plastik

Suhun - digoreng

[Hiasan]

Bawang goreng

Daun Bawang

Daun Sup

[Bahan kicap]

20 batang cili padi

2 ulas b.putih

1/2 cawan kicap manis

Cara-cara

1. Buka sup bunjut dan kisar/tumbuk isinya. Utk memberikan lebih rasa. Kalau tak

suka tak payah le bukak tp nanti rase cam kuah sup ayam je.

2. Tumis b.merah, b.putih, halia sehingga kuning dan naik bau. Kemudian masukkan

le air rebusan/stok ayam yg direbus tadi. Kalau suka masukkan kentang dan
tetulang ayam. Kuah soto siap. *Jangan lupa masukkan sup bunjut yg telah
ditumbuk td.

3. Ayam yg direbus td, digoreng dgn sedikit gaulan kunyit/garam.
4. Selepas goreng, carikkan ayam mcm gambar di atas. Ayam carik siap.
5. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.
6. Untuk resipi bergedil pula, sila ke sini *Saya menggunakan resipi bergedil yg

same cam kat link ni.

7. Lastly, tuangkanlah kuah ke atas nasi impit, suhun yang telah digoreng dengan

bergedilnya.

8. Dan hiaslah soto dengan carikkan ayam diatasnye bersama-sama bawang goreng,

daun bawang dan daun sup.
Sotong Bersos Tiram

Bahan-bahan ( 2 orang )

4-5 ekor  sotong size sedang

Halia sebesar ibu jari dihiris halus

Bawang merah & putih dihiris

Cili api atau cili merah dihiris

Sos Tiram

Sedikit garam & gula

Cara-cara

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 yang dihiris
2. Agak2 wangi masukkan sos tiram dan kacau
3. Masukkan sotong yang dah dipotong bulat
4. Tambah air pada yg sukakan kuah, and masukkan jugak garam & gula sikit
5. Pada yang gemar chinese style bulehlah letak tepung jagung..nak kasi pekat

kuah..

6. Bolehlah diangkat dan hidang.
Kek Coklat

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

2 biji telur

1 cawan minyak masak

1 cawan gula pasir

1 cawan gula perang

Bahan A

1 sudu kecil vanila

1 1/2 cawan susu segar perisa coklat

1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B

2 sudu kecil sodium bicarbonate

1 sudu kecil baking powder

1/2 cawan serbuk koko

2 cawan tepung gandum

==============================

** Topping **

1/2 cawan koko van hauten

1/2 cawan susu pekat

1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi

berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.

5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api

kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk




Kek Coklat(Kukus)

Bahan-bahan ( 8 in )

1 cawan gula perang

1 cawan susu segar perisa coklat

1 cawan minyak

3/4 cawan serbuk koko

1/2 cawan susu pekat manis

1 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh baking powder

3 biji telur

Cara-cara

1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk

dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.

3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas

minyak.

6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan

yang telah dipanaskan.

7. Angkat dan sejukkan.

No comments:

Post a Comment