Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Thursday, April 7, 2011

Akidah Islamiyah

Akidah,tauhid dan usuluddin walau pun berlainan sebutan tapi tetap menjurus kepada maksud yang sama. Iaitu berkaitan ilmu yang menjelaskan kepercayaan seseorang tentang ketuhanan, kerasulan dan perkara-perkara Sam’iyah, iaitu perkara ghaib yang hanya diketahui dan didengar melalui Al-Qur’an dan Al-Hadith.

Selain itu ilmu ini juga dapat mendedahkan kesesatan dan kebatilan khususnya dari kalangan musuh-musuh Islam sama ada dari golongan orang kafir mahu pun dari golongan munafikin terhadap orang yang beriman. Oleh itu Aqidah Tauhid mempunyai peranan di dalam pembinaan sahsiah dan jati diri seseorang.

Para Ulamak sepakat mengatakan bahawa Aqidah Tauhid adalah dasar yang paling utama untuk
mengenal Allah dan menjadi pokok serta dasar pemikiran dalam membentuk kerangka dan perjuangan membina Tauhid secara sepadu disamping ia mengandungi ajaran yang seimbang antara jasmani dan rohani.

Selain mendasari pemikiran, Aqidah juga mendasari amalan. Amalan seseorang walau sebaik mana sekalipun, tidak akan diterima oleh Allah s.w.t kecuali dilakukan oleh orang yang beriman yakni berpegang kepada Aqidah yang benar dan sah, Ini kerana amalan orang yang tidak mempunyai Aqidah, tidak akan mengambil kira dari segi sah atau batal, halal atau haram, suruhan atau larangan. Mereka juga tidak mengharapkan pahala serta tidak takut akan siksaan hari kemudian dan seterusnya beramal dan bekerja bukan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Untuk mendalami tentang ilmu akidah ini maka kami telah menyediakan untuk rakan-rakan satu e book yang bertajuk Akidah Islamiyah yang telah dikarang oleh Sofwan Abbas MA.Untuk membacanya silalah ke menu Pedoman di bahagian header blog ini.Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment