Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Etika Pelajar

TUGAS PENUNTUT ILMU 

Secara Umum, dapat digariskan empat tugas seorang penuntut ilmu:

1) Memperbetulkan niat 
Perkara pertama yang perlu diambil perhatian oleh penuntu ilmu, ialah 
mempunyai keikhlasan niat demi untuk mencapai keredhaan Allah. 
Bukan untuk berbangga apabila digelarkan sebagai orang allim, atau 
tujuan mengumpulkan harta, pangkat atau yang seumpamanya.

Sabda Rasulullah SAW
Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu 
kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga 
hari akhirat kelak..-Riwayat oleh Abd. Razak-

Cuma perlu di ingat bahawa, jika harta, pangkat dan yang 
seumpamanya datang kepada seorang alim, maka tidaklah menjadi 
kesalahan untuk menerima dan memanafaatkannya.

2)Berterusan dalam menuntut ilmu
Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian. Maka 
usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah berlaku secara
 berterusan, tidak didalangi oleh peringkat-peringkat ijazah tertentu.
Firman Allah SWT.
"Katakanlah (wahai muhammad) tambahkan aku ilmu"surah Toha
 ayat 114

3) Sabar
Penuntut ilmu hendaklah sentiasa sabar dalam menempuh dugaan 
dan cabaran yang merintangi perjalanannya di dalam menuntut ilmu 
sama ada yang bersiafat fizikal mahupun spritual.
Tidak perlulah diceritakan di sini sejarah para sahabat dan ulama
 yang menempuh segala cabaran demi untuk menuntut ilmu.

4) Memuliakan Guru
Sabda Rasulullah SAW
Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan 
mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada 
orang-orang alim-Riwayat Abu Daud-
Saya tidak bertujuan untuk menghuraikan hak seorang alim/guru 
yang perlu ditunaikan oleh muridnya di dalam artikel ini cuma 
dicadangkan agar kita mengambil sedikit dari masakita untuk 
melihat kembali perkara ini, semoga segala ilmu yang kita tuntut
 mendapat keredhaan Allah SWT
AKHLAK PENUNTUT ILMU


1) Merasakan Tanggungjawab ilmu

Diriwayatkan Daripada Muaz bin Jabal die berkata Rasulullah SAW 
bersabda. Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat 
melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan Umurnya
 ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan Waktu 
mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya 
dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan 
dengan ilmu apa yang telah perbuat dengannya.-Riwayat oleh
 Attabarani dengan isnad yang sohih-


2) Menjaga amanah ilmiah

Sabda Rasulullah SAW :
Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang 
daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada 
khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya Allah akan 
bertanya kepada kamu pada hari kiamat - Riwayat Attabarani-

Di antara yang termasuk dalam daerah amanah ilmu adalah 
beberapa perkara berikut.
- Menasabkan atau menyandarkan pendapat dan fikrah 
(buah fikiran) kepada Tuannya.
- Menyampaikan ilmu yang diketahui, dan tidak malu untuk 
mengatakan"tidak tahu" jika dia tidak mengetahuinya.

3)Tawadduk

Para Ilmuan yang menyedari bahawa ilmu adalah lautan 
yang tidak bertepi tidak akan merasa sombong dan bangga 
dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah
 ilmu di dada, semakin bertambah sifat tawadduk.

Firman Allah SWT: "Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali 
sedikit sahaja"Surah al-Isra' ayat

4)Mulia diri (Al-Izzah)

Para ilmuan hendaklah merasa mulia diri tidak merendahkan 
diri apabila berhadapan dengan pemerintah, golongan 
bangsawan, golongan kaya-raya dan yang seumpamanya,

Firman Allah SWT: "kekuatan itu hanyalah kepada Allah, 
bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi 
orang-orang munafik itu tidak mengetahui"surah al-Munafikun 
ayat 8

"Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allahlah
 kemuliaan itu semuanya"
surah Fathiir ayat 10

5)Beramal dengan apa yang dipelajari

Firman Allah taala ; "Mengapa kamu menyuruh orang lain 
(mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu sendiri melupakan diri
 (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab (Taurat)? 
Maka tidakkah kamu berfikir?"surah al-Baqarah ayat 44

6) Sentiasa berusaha untuk menyampaikan ilmu

Firman Allah taala: "Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji
 dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):"Hendalah kamu
 menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu
 menyembunyikannya", lalu mereka melemparkan janji itu )
ke belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya 
dengan harga yang sedikit, Amatlah buruk tukaran mereka 
terima" surah Ali Imran ayat 187

10 PERKARA YANG MENJADI SIA-SIA



Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, 
menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam 
kategori sia-sia, iaitu:-



1.Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi
 tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan
 kaum Muslimin.



2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca
 secara tertib .

3.Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar 
kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak 
mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur 
dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Lelakii yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian
 ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan 
seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu 
untuk menambah ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling
 menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Lelakii yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi 
tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja
 tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut
 ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran
 kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.


 

MATEMATIK DAN SOLAT



Dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,



Sabda Rasulullah SAW:

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian 
dengan 27 kali darjat" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Secara matematiknya, kita lihat berikut:

Solat berjemaah :
1 waktu = lebih 27 kali pahala
1 hari = 5 waktu x 27 = lebih 135 kali pahala
Sebulan = 30 hari x 135 = lebih 4,050 kali pahala
Setahun = 12 bulan x 4,050 = lebih 48,600 kali pahala
10 tahun = 10 tahun x 48,600 = lebih 486,000 kali pahala

Solat sendirian :
1 waktu = 1 pahala
1 hari = 5 waktu x 1 = 5 pahala
Sebulan = 30 hari x 5 = 150 pahala
Setahun = 12 bulan x 150 = 1800 pahala
10 tahun = 10 tahun x 1800 = 18,000 pahala

Sama ada kita sedar atau tidak, bagi yang sembahyang 
sendirian di rumah selama 10 tahun, pahalanya hanya 
menyamai beberapa bulan solat berjemaah.
Andai kata pahala 486,000 itu dalam bentuk RM486,000
 (atau 486,000 liter petrol) agaknya barulah ramai manusia 
mengejarnya. Ramai manusia inginkan syurga tapi tidak
 mencari ke arahnya; sebaliknya ramai manusia yang 
takutkan neraka tapi tidak menghindar diri dari terjerumus
 kepadanya. Wallahu'alam.




KAEDAH PENGAJARAN AL-QURAN MASA KINI
Oleh: Us. Shahrin Awaludin ( Fakulti Pendidikan UKM )
Pendekatan terbaik pengajaran al-Quran ialah TALAQQI dan 
MUSYAFAHAH iaitu berdepan secara langsung di antara 
guru dengan murid seperti mana yang berlaku antara malaikat
 Jibril dan Rasulullah saw ketika wahyu yang pertama 
diturunkan di gua Hira?. Pengajaran al-Quran juga perlu 
dilakukan dalam kumpulan kecil bagi memudahkan guru 
melakasanakan pendekatan talaqqi dan musyafahah di atas.
Kaedah utama pengajaran al-Quran di Malaysia dan seluruh
 dunia Islam amnya ialah menggunakan kaedah Baghdadiyah.
 Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja muncul beberapa 
kaedah baru pengajaran al-Quran di Malaysia iaitu 
kaedah Qiraati, kaedah Iqra? dan kaedah Hattawiyah.
 Berikut ialah huraian ringkas kaedah-kaedah pengajaran 
al-Quran tersebut :
1.Kaedah Baghdadiyah
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama dan meluas 
digunakan di seluruh dunia. Ia dipercayai berasal dari Baghdad, 
ibu kota Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan
 kedatangan Islam ke Tanah Melayu sejak berbad yang lalu. 
Kaedah Baghdadiyah menggunakan sebuah buku yang 
dinamakan Muqaddam yang menjadi bahan utama pengajaran 
asas tilawah al-Quran. Kaedah ini menekankan kepada  
pengenalan huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan.
2.Kaedah Qiraati
Kaedah Qiraati yang bermaksud Bacaanku   mula 
diperkenalkan pada tahun 1963 di Semarang, Indonesia 
oleh seorang guru al-Quran yang bernama
 Bapak Haji Dachlan Salim Zarkasyi. Pada mulanya terdiri
 dari sepuluh jilid buku untuk kanak-kanak berusia enam 
tahun ke atas. Kemudian dikemaskinikan menjadi lapan jilid,
 enam jilid dan akhirnya lima jilid. Kaedah ini bermula
 dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah hinggalah ke buku
 jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan 
huruf qalqalah dan sebagainya. Apabila selesai lima buah buku 
tersebut pelajar akan dilatih membaca juzuk ?Amma dan seterusnya
 al-Quran muhaf rasm Othmani.
3. Kaedah Iqra'
Kaedah Iqra' atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani juga 
adalah berasal dari Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 
1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-Quran di Kota Gedo, Jogjakarta.
 Pengasas kaedah ini ialah Haji As'ad Humam yang telah menyusun
 enam jilid buku Iqra. Buku-buku Iqra? sepertimana juga buku Qiraati
 disusun untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran al-Quran 
dari peringkat pengenalan huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai 
tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid. 
Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana
 itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam 
orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil
 masa selama enam puluh minit. Kaedah Iqra' telah diterima
 dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada
 tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.
4. Kaedah Hattawiyyah
Sementara kaedah Hattawiyyah pula adalah satu kaedah membaca
 al-Quran dengan berpandukan tulisan rumi. Kaedah ini diperkenalkan
bagi membantu pelajar yang terlalu lemah dalam tulisan jawi.
 Oleh kerana itu syarat utama untuk mengajar atau menggunakan 
kaedah ini ialah pelajar tersebut benar-benar buta al-Quran
 dan pelajar tersebut boleh membaca rumi. Kaedah ini dianggap 
sebagai sementara, langkah terakhir dan hanya untuk golongan 
tertentu sahaja bagi mempastikan mereka tidak terus buta al-Quran


KAEDAH 'DATING' DALAM ISLAM
Hubungan sebagai pasangan kekasih dan hubungan pertunangan 
tidak sama dengan perkahwinan. Pertunangan tidak menghalalkan
 apa-apa hubungan. Ia sekadar perjanjian untuk mereka berkahwin
 sahaja. Ramai juga yang kurang faham konsep pertunangan ini atau
 buat-buat tak faham. Mereka melancong ke sana-sini berdua-duaan,
 menunaikan umrah bersama tanpa ditemani mahram dan sebagainya.
 Dating dengan makna dan gambaran yang wujud pada hari ini 
seperti berdua-duaan, berpegang tangan, menonton wayang
 bersama, si gadis membonceng motosikal tunangnya dan sebagainya 
adalah dating yang menyalahi hukum agama.

Tetapi Islam bukanlah agama jumud/beku. Ia membenarkan 

pertemuan yang baik dan harmoni dengan syarat-syarat tertentu. 
Antaranya :
1) Menjaga pandangan mata
2) Percakapan yang baik
2) Pakaian yang menutup aurat dan sopan
3) Tempat pertemuan yang tidak menimbulkan fitnah

Menjaga pandangan mata

1. Ketika berbual, pandangan mata hendaklah dijaga agar tidak 

memandang dengan nafsu syahwat. Pandangan mata adalah satu
 senjata sulit Iblis dan Syaitan bagi merosakkan anak Adam. 
Oleh kerana itu, Quran menyuruh lelaki dan wanita menundukkan 
pandangan. Firman Allah yang bermaksud : 
“ Katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menahan 
pandangan mereka… dan katakanlah kepada wanita beriman 
agar mereka menahan pandangan mereka…” (Surah an-Nur :30-31).

2. Tidak melihat aurat orang lain atau berusaha melakukannya. 

Jika terpandang aurat, maka hendaklah cepat-cepat mengubah 
pandangan mata.


Percakapan yang baik 

1. Suara yang lunak dan menggoda akan menarik antara satu sama lain 

ke arah melakukan maksiat. Oleh itu, dalam aspek bercakap, Islam 
membenarkan lelaki dan wanita berkomunikasi antara satu sama lain 
dengan syarat percakapan itu tidak menggoda. Quran menyebut 
syarat ini dalam wahyu yang bermaksud 
“Maka janganlah kamu kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginan 
orang yang ada penyakit dalam hatinya dan berkatalah akan perkataan
 yang baik”. (Surah al-Ahzab : 32).

2. Tajuk perbualan hendaklah tajuk yang serius atau agak serius. 

Tidak wajar untuk berbicara tentang perkara-perkara lucah, 
tentang anggota seksual sendiri dan seumpamanya. 
Mungkin tidak wajar juga berbual perkara-perkara yang
 remeh-temeh seperti pertanyaan tentang mandi, makanan, 
masakan hari ini dan sebagainya.

3. Tidak mengandungi unsur-unsur mengumpat, menghina orang lain,

 mencerca dan sebagainya.

Ciri pakaian yang menutup aurat

1. Pakaian mestilah pakaian yang menutup aurat.

2. Aurat wanita ketika bertemu lelaki ajnabi (bukan mahram iaitu

 lelaki yang boleh menjadi suaminya) ialah seluruh tubuh kecuali 
muka dan pergelangan tangan. Pergelangan kaki juga dikira
 sebagai aurat. Ada sebahagian ulama berpendapat ia tidak aurat. 
Oleh itu adalah baik jika wanita memakai stoking. Pakaian yang elok
 dipakai adalah baju kurung dan tudung kepala.

3. Pakaian juga mestilah tidak nipis sehingga menampakkan kulit 

seseorang pemakainya.

4. Pakaian juga mestilah tidak ketat hingga menampakkan bentuk 

tubuh seseorang pemakainya. Kebiasaannya seluar jeans adalah
 seluar yang ketat. Baju kebaya juga biasanya dibuat daripada 
kain yang nipis dan ketat. Namun jika baju kebaya dibuat
 dengan kain yang tidak nipis dan tidak ketat, maka ia boleh dipakai
.Ada sesetengan remaja wanita suka memakai seluar. Ini tidaklah 
menjadi kesalahan dalam agama selagi ia tidak nipis dan tidak ketat 
serta menutup aurat.

5.Tudung kepala hendaklah menutup rambut dan tengkuk/leher. 

Pemakaian skaf untuk tudung kepala adalah tidak sempurna 
kerana masih nampak leher. Tudung juga hendaklah labuh
 agar menutup bahagian depan dada wanita. Firman Allah 
yang bermaksud: 
“dan hendaklah mereka menutup kain kerudung mereka
ke dadanya” (Surah an-Nur :31).

Fesyen tudung seperti tudung labuh, tudung tiga segi, 

tudung ‘wardina', tudung bawal, tudung ‘mawi' dan sebagainya 
adalah baik selagi ia menutup aurat.

8. Fesyen pakaian hari ini seperti menampakkan pusat, ketat dan

 sebagainya adalah jelas haram.

9. Pakaian wanita tidaklah menyerupai pakaian lelaki dan pakaian

 lelaki tidaklah menyerupai pakaian wanita. Hadis menyebut bahawa
 Saidina Abu Hurairah berkata : 


“Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita 
yang memakai pakaian lelaki”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Tiru ini termasuk dalam banyak aspek. Antaranya aspek pakaian.

 Islam bukan anti-fesyen bahkan Islam mengalu-alukan setiap 
fesyen yang baik. Islam anti-dedah aurat dalam berfesyen.


Tempat pertemuan

1. Jauhi tempat-tempat yang banyak hiburan, maksiat dan fitnah.

 Disko, bar, kelab malam (dalam pengertian sekarang) adalah 
tempat yang tidak wajar dikunjungi oleh setiap muslim.

2. Tempat yang sunyi dan jarang dikunjungi orang adalah 

tempat yang tidak sesuai untuk bertemu. Pertemuan 
di kelas-kelas yang terpencil pada waktu petang mesti dielakkan.

3. Alangkah elok jika tempat bertemu itu tempat yang 

terbuka seperti restoran, kedai makan, pejabat, bank 
dan sebagainya. Dalam hadis diceritakan bahawa seorang 
wanita Ansar datang kepada Nabi s.a.w. maka Nabi pun 
bersunyian dengan wanita tersebut. (Mafhum HR Bukhari).

Ada riwayat menyebut bahawa bersama wanita tersebut 

seorang budak lelaki. Maksud ‘bersunyian' dalam hadis 
bukan bermakna Nabi s.a.w. bersama dengan wanita itu 
di tempat tertutup. Maksudnya ialah Nabi bercakap 
dengan wanita tersebut di tempat yang jauh sedikit 
daripada orang lain sehingga mereka tidak mendengar
 perbualan Nabi, tetapi orang ramai masih melihat Nabi 
dan wanita Ansar tersebut.

Adat yang berlaku dewasa ini di mana seseorang bersama 

tunangnya ke sana-ke mari adalah adat yang bertentangan
 dengan Islam. Sabda Nabi s.a.w. :
“Tidak boleh bersunyi-sunyian seorang lelaki dengan 

seorang wanita melainkan ada mahramnya”. (Mafhum HR Bukhari).

Tujuan Islam adalah bagi menjaga agama dan maruah 

diri agar terhindar daripada fitnah. Jika pantang larang 
ini tidak dipatuhi, akan berlaku fitnah dan keburukan seperti 
khalwat, berdua-duaan dan zina.