Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Sunday, May 1, 2011

Pengurusan Jenazah Pesakit AIDS

Kali ini sekali lagi kami ingin memaparkan aktiviti-aktiviti yang sempat dilaksanakan di sekolah bagi memberi kefahaman yang jelas kepada para pelajar tentang sesuatu isu contohnya baru-baru ini SMK Dato' Abdul Rahman Yassin telah menganjurkan program Minggu Anti Dadah di bawah kelolaan Unit Kaunseling.

Apa yang menariknya sepanjang berlangsungnya program tersebut, turut diadakan ceramah bahaya HIV positif atau bahaya AIDS kepada manusia sama ada kerana menghisap dadah, seks bebas dan sebagainya. Ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Hospital Sultanah Aminah turut menyelitkan teori dan praktikal pengurusan jenazah bagi pesakit AIDS yang meninggal dunia.

Memang sangat menarik kerana selama ini para pelajar hanya diberitahu bahawa pesakit AIDS yang meninggal dunia akan diuruskan jenazahnya oleh pihak hospital. Namun kali ini mereka didedahkan pula dengan teori dan praktikal menguruskan jenazah pesakit AIDS secara langsung. Tapi bukanlah betul-betul menggunakan jenazah pesakit AIDS, cuma menggunakan kaedah simulasi sahaja di mana salah seorang pelajar telah sanggup menjadi model untuk dikapankan sepertimana kaedah yang sama digunakan untuk pesakit AIDS.

Oleh kerana masa yang sangat suntuk, maka penceramah terpaksa menunjukkan praktikal untuk mengapankan jenazah sahaja. Yang lain nampak macam biasa je, tapi yang berbeza ialah orang yang menguruskan jenazah ni mesti memakai sarung tangan, apron plastik dan kasut phua chu kang ( boot getah ). Manakala kain yang digunakan sama juga iaitu kain kapan putih sebanyak tiga lapis ( tiga helai ) dan sementara lapisan paling atas menggunakan plastik lutsinar.

Bagi bahagian memandikan jenazah, penceramah hanya mengajarkan teorinya sahaja di mana penegasan utama ialah tentang air yang digunakan iaitu mesti dicampur dengan clorox bagi membasmi kuman yang ada pada jenazah.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar berlangsungnya program tersebut:

Penceramah Jemputan dari HSA

Para pelajar lelaki sedang khusyuk mendengar ceramah

Begitu juga pelajar perempuan

Penceramah dibantu oleh tiga orang pelajar


Jenazah pesakit AIDS dibalut dengan plastik lutsinar
Jenazah selepas itu dibalut dengan tiga helai kain kapan putih

Proses mengapan hampir selesai

No comments:

Post a Comment