Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Friday, April 29, 2011

Solat Hajat Mingguan

Kami di SMK Dato' Abdul Rahman Yassin sekali lagi telah membuat penambahbaikan ke atas program yang kami laksanakan di sekolah.Untuk makluman semua terutamanya warga SDARY, penambahbaikan yang kami maksudkan ialah kami telah mengadakan program solat sunat Taubat dan solat sunat Hajat secara mingguan serentak dengan program membudayakan Al Quran.

Program yang kami adakan ini adalah atas idea dan inisiatif Pn Hjh Afrinah Bt Mohd Ikhsan selaku pengetua SDARY yang sangat mengambil berat tentang masalah tingkah-laku dan akhlak pelajar yang kurang bersungguh-sungguh berusaha untuk menjadi seorang pelajar muslim yang sebenar.Ini dibuktikan dengan sikap pelajar yang suka meninggalkan solat fardhu, banyak menimbulkan masalah disiplin, kurang menghormati ibubapa dan guru serta malas mengulangkaji pelajaran.

Program Membudayakan Al Quran

Alhamdulillah pada pagi Jumaat 29.04.2011 SMK Dato' Abdul Rahman Yassin seperti biasa memulakan paginya dengan program Membudayakan Al Quran.Pejam celik - pejam celik program ni sebenarnya dah berlangsung hampir 15 tahun di sekolah kami. Sepanjang tempoh tersebut, banyak jugalah versi yang dibuat bagi menambah - baikkan lagi program ini sesuai dengan peredaran masa.
Kami di SDARY - pada tahun ini - telah menetapkan pada setiap minggu pertama dan keempat untuk membudayakan Al Quran di mana program akan dimulakan pada pukul 7.15 pagi dengan membaca ayat-ayat suci Al Quranul Karim serta terjemahannya selama 7.40 pagi diikuti dengan tazkirah ringkas selama 10 minit dan berakhir pada pukul 7.50 pagi dengan doa penutup, berselawat dan bersalam-salaman.

Wednesday, April 27, 2011

Resepi Masakan Percuma 4

Dah agak lama juga kami tak masukkan resepi baru kat blog ni.Maklumlah sebagai guru memang banyak kerja yang nak diuruskan.....sesuatu yang dah tak larat nak bincang.....bincang ke tak bincang ke pasal kerja ni macam tulah jugak...ye...

Kali ni kami akan masukkan resepi yang ringkas je tapi berbaloi kalau mencubanya...tak percaya...cubalah try  test dulu.....


KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahan ( 10 keping )

- Untuk Kuih Cara -

1 biji telur

1 1/2 cawan tepung gandum

1 cawan santan

Garam / gula

Untuk Inti -

6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)

1/2 biji capsicum (cili sala)

3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)

1 biji bawang besar di potong dadu

2 sudu serbuk kari daging

Sedikit Daun bawang di potong halus

Sedikit daun sup di potong halus

Garam n ajinamoto

Cara-cara

1. Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau

sehingga sebati .. jgn cair sangat.

2. Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak

sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan
bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan
sup , masak sehingga kering kuahnya.

3. Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan

kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga
15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.

4. ** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sb takde acuan kuih cara n dapur

i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain.

Saturday, April 23, 2011

Menyelongkar Yahudi II

Siri 2 : The Coronation Stone:Jacob Pillow ( Batu Pertabalan: Bantal Yaakob )

Kembali semula kita membicarakan tentang siri Menyelongkar Yahudi dengan kepercayaan-kepercayaan mereka yang kebanyakannya menyeleweng dari fakta sebenar yang terdapat dalam kitab suci Taurat, ada juga yang tidak diketahui akan kesahihannya manakala hanya sebahagian kecil mempunyai persamaan dengan apa yang dinyatakan di dalam Al Quran dan Al Hadis.

Yang Kami maksudkan dengan menyeleweng itu ialah bersandarkan kepada sikap mereka terutamanya ahli-ahli agama atau pendeta mereka yang suka mengubah isi kandungan kitab Taurat sehingga sesuai dengan kehendak pembesar-pembesar atau sehingga sesuai dengan kehendak hawa nafsu mereka yang lemas dengan keseronokan dunia seolah-olah dunia ini tiada penghujungnya.

Sebelum ini kita menyelongkar kisah tentang The Wailing Wall atau Tembok Ratapan.Kali ini kita beralih pula kepada kisah Stone Of Jacob ( Batu Yaakob ) atau dikenali juga sebagai Jacob Pillow/Pillar ( Bantal Yaakob ), Stone Of Scone ( Batu Kuih Scone ), Stone Of Destiny ( Batu Takdir ), The Coronation Stone ( Batu Pertabalan ) yang sebenarnya mejadi kisah yang cukup masyhur di kalangan ahli kitab atau pengkaji sejarah di kalangan mereka yang beragama Yahudi mahu pun Nasrani ( Kristian ). Batu tersebut adalah sebuah batu blok berwarna kekuningan yang berukuran 26 inci, 16 lebar inci, dan 11 inci, dengan berat 152 Kg dan diukir dengan Salib Latin di atasnya.

Monday, April 18, 2011

Gempa Bumi Dari Perspektif Islam

Peristiwa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini yang mengorbankan ribuan nyawa manusia, telah mengingatkan kita kepada kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta dan pentadbir alam ini.Tiada satu pun makhluk di bumi ini selain dari manusia,jin dan syaitan yang berani mengengkari perintah Allah Azza Wa Jalla.Apabila mendengar seruan كن    maka  فيكون  lah kesudahannya.






Walau pun pada dasarnya banyak kajian dan teori yang telah dikemukakan bagi membongkar kerakusan gempa bumi dan tsunami ini terutamanya dari segi saintifik, namun kesudahannya tetap membawa kepada teori-teori dan persoalan-persoalan yang tiada bukti dan tiada jawapannya.

Wednesday, April 13, 2011

Belajar Modul Mail Merge

Modul Mail Merge (Microsoft Word +Microsoft Excell (Microsoft Office XP)
Sebenarnya modul mail merge ni dah lama kami gunakannya terutama
 apabila kami perlu membuat sijil yang melibatkan jumlah pelajar yang 
banyak seperti membuat sijil PAFA bagi pelajar-pelajar yang menduduki
 Peperiksaan PMR atau pun SPM.Tetapi baru-baru ni adalah ustazah 
kami yang dah terlupa cara-cara nak gunakan modul mail merge ni.
Itu yang rasa nak masukkan modul ni dalam blog kami dengan sedikit 
pengubahsuaian.

Terima kasih kepada sahabat Ibnu Muiz yang mengajar kami cara 
menggunakan modul ini.JazakAllah Khairan Kathiran.Dengar khabar 
dah menjadi orang penting kat JPN Selangor.Tahniah dari kami.

Modul ini dibina oleh beliau  untuk  membantu pengguna membuat 
 surat atau sijil yang banyak dengan menggunakan satu  muka surat 
MsWord serta mendapatkan data-data dari MsExcell.


Cuma kami telah  membuat sedikit pengubahsuaian bagi 
mempermudahkan lagi mereka  yang baru nak mencuba.Yang dah
 expert tu kalau nak tengok juga  dialu-alukan.Tapi modul yang 
ditunjukkan ini untuk Microsoft Office XP sahaja.Untuk 
Microsoft Office 2007 tu mungkin kami tunjukkan pada
lain entry...... kalau ada kesempatan....

Sunday, April 10, 2011

Menyelongkar Yahudi

Seorang pelajar telah bertanya kepada kami tentang "The Coronation Stone: Jacob Pillow" atau dalam bahasa melayunya "Batu Pertabalan: Bantal Yaakob" yang merupakan salah satu kepercayaan orang-orang Yahudi sehingga ke hari ini. 

Kami terdiam seketika kerana tiada fakta yang lengkap ketika itu untuk diberitahu kepada pelajar tersebut.Cuma yang mampu kami beritahu ialah ia adalah kepercayaan agama yahudi yang masih di yakini hingga ke hari ini.

Bermula dari situ, timbullah satu idea untuk kami selongkar serba sedikit kepercayaan-kepercayaan orang yahudi yang masih menebal dalam diri mereka sehingga menyukarkan mereka untuk melihat kebenaran yang dibawa oleh agama Islam di samping kesombongan dan kederhakaan mereka kepada Allah SWT sebagaimana yang banyak dinyatakan di dalam Al Quran.

Semoga tulisan ini akan membawa manfaat kepada kita semua.Amin.

Saturday, April 9, 2011

Rehatkan Minda Anda

Minda atau akal adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai kepada kita.Kerana mindalah kita diberi kepercayaan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.Kerana mindalah kita diiktiraf sebagai sebaik-sebaik makhluk kerana mampu mengawal nafsu dari berleluasa mengawal diri.Kerana minda jugalah kita dapat membezakan di antara yang hak dan yang batil.


Namun begitu, sesuatu yang mungkin tidak mampu dielakkan, bebanan kerja atau masalah boleh mengganggu minda seseorang,Jadi cara terbaik kita mesti merehatkan minda kita untuk seketika.Lakukan sesuatu aktiviti yang sesuai untuk kita merehatkan minda.Minda yang sihat membantu kita menjalani hidup yang sihat.


Cara merehatkan minda bergantung kepada individu seseorang,mengikut kesukaannya,ada orang lebih suka mengambil wudhuk, melakukan ibadat atau membaca Al Quran.Tak kurang juga ada yang suka bersukan,melancong,bergelak ketawa, berhibur dan sebagainya.Kita mesti pandai menguasai minda,jangan sampai minda menguasai kita.kalau minda menguasai kita,punah lah seluruh kehidupan kita,

Friday, April 8, 2011

Belajar Ilmu Usul Fiqh

 Ilmu Usul al-Fiqh (Bahasa Arab: أصول الفقه) merupakan merupakan salah satu cabang ilmu yang berperanan penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul, di mana masalah ini tidak dijumpai sebarang nas-nas dari al-Quran atau as-Sunnah.

Perkataan Usul al-Fiqh berasal dari dua perkataan bahasa Arab, iaitu Usul dan al-Fiqh. Dari segi bahasa, Usul bererti asas, sumber, kaedah atau dalil, manakala al-Fiqh membawa maksud memahami sesuatu perkara. Dari segi syarak pula, al-Fiqh bererti pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.

Hasil daripada gabungan Usul dengan al-Fiqh, maka terbentuklah satu istilah yang tersendiri iaitu Usul al-Fiqh. Ilmu Usul al-Fiqh membawa definisi ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.

Thursday, April 7, 2011

Akidah Islamiyah

Akidah,tauhid dan usuluddin walau pun berlainan sebutan tapi tetap menjurus kepada maksud yang sama. Iaitu berkaitan ilmu yang menjelaskan kepercayaan seseorang tentang ketuhanan, kerasulan dan perkara-perkara Sam’iyah, iaitu perkara ghaib yang hanya diketahui dan didengar melalui Al-Qur’an dan Al-Hadith.

Selain itu ilmu ini juga dapat mendedahkan kesesatan dan kebatilan khususnya dari kalangan musuh-musuh Islam sama ada dari golongan orang kafir mahu pun dari golongan munafikin terhadap orang yang beriman. Oleh itu Aqidah Tauhid mempunyai peranan di dalam pembinaan sahsiah dan jati diri seseorang.

Para Ulamak sepakat mengatakan bahawa Aqidah Tauhid adalah dasar yang paling utama untuk
mengenal Allah dan menjadi pokok serta dasar pemikiran dalam membentuk kerangka dan perjuangan membina Tauhid secara sepadu disamping ia mengandungi ajaran yang seimbang antara jasmani dan rohani.

Selain mendasari pemikiran, Aqidah juga mendasari amalan. Amalan seseorang walau sebaik mana sekalipun, tidak akan diterima oleh Allah s.w.t kecuali dilakukan oleh orang yang beriman yakni berpegang kepada Aqidah yang benar dan sah, Ini kerana amalan orang yang tidak mempunyai Aqidah, tidak akan mengambil kira dari segi sah atau batal, halal atau haram, suruhan atau larangan. Mereka juga tidak mengharapkan pahala serta tidak takut akan siksaan hari kemudian dan seterusnya beramal dan bekerja bukan untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Untuk mendalami tentang ilmu akidah ini maka kami telah menyediakan untuk rakan-rakan satu e book yang bertajuk Akidah Islamiyah yang telah dikarang oleh Sofwan Abbas MA.Untuk membacanya silalah ke menu Pedoman di bahagian header blog ini.Selamat membaca.

Wednesday, April 6, 2011

Kitab La Tahzan Terapi Jiwa

ِAllah SWT berfirman :

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمْوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

سورة البقرة - سورة 2 - آية 

Maksudnya: "Dan sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan ketakutan, kelaparan, kehilangan harta benda, kehilangan nyawa dan kemusnahan hasil pertanian dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar"

Jika diperhatikan kepada ayat ini, maka sudah tentu kita dapat membayangkan bahawa hidup di dunia ini sebenarnya merupakan medan bagi Allah SWT menguji hamba-hambanya.

Bertolak dari situ, akan muncullah beberapa persoalan di benak pemikiran kita;Bila kita akan di uij?Mengapa kita diuji? Dengan apa kita diuji?

Tuesday, April 5, 2011

Mahir Komputer 4

Sebelum ini kami telah memasukkan dalam blog kami 3 siri e book berkaitan dengan komputer.Dua dari cekapkomputer dan satu dari jomphp yang sekali lagi kami nyatakan di sini telah dijariahkan secara percuma oleh pemilik asal kesemua e book tersebut.

Sesiapa yang telah membaca e book tersebut insyaAllah sedikit sebanyak akan mendapat manfaat daripadanya walaupun isu-isu yang dipaparkan di dalamnya agak lama sikit.Tetapi bagi yang masih segan-segan nak belajar komputer tentulah e book ini amat bermanfaat bagi mereka.

Hari ni kami nak berkongsi satu lagi e book yang membicarakan tentang perkara-perkara yang berkaitan tentang kemahiran mengoptimumkan penggunaan komputer.E book tersebut Alhamdulillah telah disumbangkan secara percuma oleh penulis Hardyweb.JazakAllah.

Sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang e book ini sila klik di sini..... Sesiapa yang nak download kesemua e book yang nyatakan tadi kenalah pergi ke laman web asal mereka ya.....

Resepi Mee Percuma


Dah cuba belum dua koleksi resepi percuma yang kami berikan sebelum ni....Kalau tak berapa nak menjadi tu...janganlah nak marah-marah pulak ya...sebab kami dapat pun percuma juga.Resepi tu bukan hasil dari eksperimen kami tau...jadi tak dapatlah kami nak tolong.

Hari ni kami nak kongsikan pula satu lagi resepi percuma tapi kali ni khusus untuk masakan yang berasaskan mee.Ada macam-macam masakan mee dalam tu tau....kalau nak tahu layanlah kat sini haaaa....sini...

Friday, April 1, 2011

Koleksi Lawak Jenaka

Rasa bosan.....rasa tension....mungkin stress...mungkin marah...mungkin kecewa...mungkin juga letih atau mengantuk....bawa-bawalah berehat sekejap dengan membaca koleksi lawak jenaka yang kami muatkan pada menu Rehat Minda di bahagian header blog kami.

Moga-moga dengan melayan lawak jenaka ini rasa bosan dan tension tadi dapat dikurangkan.Maklumlah sebagai guru, kita ni kena melayan karenah anak-anak murid yang bermacam ragam, sebagai murid pula nak kena menghadapi pelajaran yang bermacam tahap kesukarannya.Itulah asam garam kita ni sebagai warga sekolah...ye tak?

Sebenarnya kami ni main copy je lawak jenaka ni dari laman sesawang tertentu yang kami sebutkan sekali bersama-sama dengan lawak jenaka tu.Nak buat lawak sendiri kami bukannya raja lawak.Jadi terpaksalah copy orang punya....dengan harapan untuk menghilangkan tension orang...Harap-harap tuan punya lawak yang asal tak bengkak hati dengan kami...Layanlah ye....jangan tak layan...