Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Tentang Kami



Pada tahun 1970, sekolah ini telah menggunakan nama Sekolah Menengah Rendah Tampoi.  Namun begitu, bermula pada 31 Ogos 1981, nama sekolah ini telah ditukar kepada SMK Dato Abdul Rahman Yassin (SDARY), bersempena nama salah seorang tokoh negarawan yang terulung di negeri Johor iaitu, Dato Abdul Rahman bin Mohamamad Yassin.

Peringkat awal ia dibangunkan, SDARY hanya terdiri daripada 5 blok dan kurang mempunyai kemudahan prasarana seperti air dan bekalan elektrik.  Namun begitu, atas inisiatif para pemimpin masyarakat dan penduduk setempat, akhirnya SMK Dato Abdul Rahman Yassin dapat dibangunkan secara berperingkat-peringkat.  


Pada tahun 1975 umpamanya, pihak sekolah telah menerima sebuah surau atas sumbangan Dato’ Mohamed bin Rahmat yang ketika itu merupakan Menteri Penerangan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Pulai.  Pada tahun 1987 pula, bangunan Blok D dibina melalui konsep gotong royong.  Manakala pada tahun 1991, sekolah ini terus gah berdiri dengan terbinanya blok E demi menampung jumlah pelajar yang kian bertambah. Melalui Rancangan Malaysia ke 9, SDARY menerima satu blok akademik dan satu blok Bengkel Kemahiran Hidup dan Makmal Sains setinggi 4 tingkat.

Sekolah ini yang beroperasi secara dua sesi, kini boleh menampung seramai 1300 pelajar dengan  96 orang tenaga pengajar termasuk 30 orang pelajar Pendidikan Khas berserta 6 orang guru Pendidikan Khas.  

Manakala Panitia Pendidikan Islam di SDARY bertanggungjawab menguruskan segala aktiviti yang melibatkan kurikulum dan ko kurikulum bagi matapelajaran Pendidikan Islam seperti merancang P&P,menyediakan soalan dan skema pemarkahan,menyediakan BBM,melaksanakan program-program dakwah seperti Majlis Tadarus Al-Quran,Majlis sambutan Maulidur Rasul dan Ihya' Ramadhan.


Panitia Pendidikan Islam terdiri daripada lapan orang tenaga pengajar yang  dibahagikan kepada sessi pagi dan sessi petang.Berikut adalah carta organisasi serta guru-guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Islam di SDARY :

Ketua Panitia

Pn.Maleha Bt Mahbob

Penolong Ketua Panitia

Cik Nurhafizah Bt Mahmood

Penyelaras Dakwah

Pn.Rohasliza Bt Wahat

Setiausaha

Pn.Norrhan Bt Ismail

Bendahari


Pn.Nurul Fadzillah @ Melah Bt Botok

AJK


En.Mansor Bin Jusoh

En.Muiez Bin Muhammad

En.Nordin Bin Ibrahim

Pn.Siti Hajar Bt Baharum