Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Thursday, May 19, 2011

Aneka Resepi Tradisional

Mahukan aneka Resepi Tradisional. Silalah baca resepi di bawah yang telah di ciplak entah dari mana-mana...dah lupalah download kat mana...tapi format asalnya dalam pdf tapi dah tukar pada word.Itu semua tak penting....yang penting resepi ni memang tradisional dan dijamin halal....tambahan pula memang menjadiiiiii....kalau tak percaya cubalah sendiri ya....




DAGING CINCANG GORENG BERBENDIR

Bahan-bahannya:

4 ulas bawang putih

6 biji cili merah

6 biji bawang merah

2 camca teh belacan

4 camca besar minyak sayuran

250 gm daging cincang segar Australia

sebelah atas, Knuckle, mata sepeha

300 gm bendir

1 biji lada Benggala merah, dipotong halus

2 camca besar kicap cair

1 camca teh gula

Cara :

1. Tumbuk lumat bawang putih, cili merah, bawang merah dan belacan.

2. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik baunya.

Masukkan daging cincang.

3. Masukkan bendir, lada benggala, kicap cair dan gula.

Goreng hingga sayuran-sayuran masak.

Thursday, May 5, 2011

Pelajar Dan Jadual Waktu

Mahukan petua membantu pelajar mengatur jadual secara efektif? Baca artikel di bawah ini. Semoga dapat membantu pelajar terutama para pelajar SMK Dato' Abdul Rahman Yassin untuk menghadapi peperiksaan sama ada peperiksaan dalaman mahupun peperiksaan PMR atau SPM.


Penjadualan Waktu adalah membuat dan melaksanakan jadual belajar agar dapat mengatur dan mengutamakan pelajaran anda dari segi membahagi waktu dengan aktiviti, keluarga, dan lain-lain.

Allah SWT Memakbulkan Doa Hambanya

Berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Ia merupakan senjata bagi orang-orang mukmin. Begitu juga ia menjadi pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah SWT yang mutlak ke atas segala yang berlaku, manakala dari sudut yang lain pula, ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah SWT.

Sementara itu doa adalah penggerak dalaman yang memberikan kekuatan, keyakinan, harapan dan keberkatan dalam apa jua amal perbuatan dan apabila kita beribadat kepada Allah SWT, ia diibaratkan pula sebagai otak kepada ibadat tersebut.Maka tidak hairan di dalam Islam setiap langkah sesuatu perbuatan, ada doa-doa tertentu yang digalak supaya diamalkan sama ada sebelum memulakan sesuatu perbuatan ataupun selepas melakukannya.

Sunday, May 1, 2011

Pengurusan Jenazah Pesakit AIDS

Kali ini sekali lagi kami ingin memaparkan aktiviti-aktiviti yang sempat dilaksanakan di sekolah bagi memberi kefahaman yang jelas kepada para pelajar tentang sesuatu isu contohnya baru-baru ini SMK Dato' Abdul Rahman Yassin telah menganjurkan program Minggu Anti Dadah di bawah kelolaan Unit Kaunseling.

Apa yang menariknya sepanjang berlangsungnya program tersebut, turut diadakan ceramah bahaya HIV positif atau bahaya AIDS kepada manusia sama ada kerana menghisap dadah, seks bebas dan sebagainya. Ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan dari Hospital Sultanah Aminah turut menyelitkan teori dan praktikal pengurusan jenazah bagi pesakit AIDS yang meninggal dunia.

Memang sangat menarik kerana selama ini para pelajar hanya diberitahu bahawa pesakit AIDS yang meninggal dunia akan diuruskan jenazahnya oleh pihak hospital. Namun kali ini mereka didedahkan pula dengan teori dan praktikal menguruskan jenazah pesakit AIDS secara langsung. Tapi bukanlah betul-betul menggunakan jenazah pesakit AIDS, cuma menggunakan kaedah simulasi sahaja di mana salah seorang pelajar telah sanggup menjadi model untuk dikapankan sepertimana kaedah yang sama digunakan untuk pesakit AIDS.

Oleh kerana masa yang sangat suntuk, maka penceramah terpaksa menunjukkan praktikal untuk mengapankan jenazah sahaja. Yang lain nampak macam biasa je, tapi yang berbeza ialah orang yang menguruskan jenazah ni mesti memakai sarung tangan, apron plastik dan kasut phua chu kang ( boot getah ). Manakala kain yang digunakan sama juga iaitu kain kapan putih sebanyak tiga lapis ( tiga helai ) dan sementara lapisan paling atas menggunakan plastik lutsinar.

Bagi bahagian memandikan jenazah, penceramah hanya mengajarkan teorinya sahaja di mana penegasan utama ialah tentang air yang digunakan iaitu mesti dicampur dengan clorox bagi membasmi kuman yang ada pada jenazah.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar berlangsungnya program tersebut:

Penceramah Jemputan dari HSA

Para pelajar lelaki sedang khusyuk mendengar ceramah

Begitu juga pelajar perempuan

Penceramah dibantu oleh tiga orang pelajar


Jenazah pesakit AIDS dibalut dengan plastik lutsinar
Jenazah selepas itu dibalut dengan tiga helai kain kapan putih

Proses mengapan hampir selesai

Friday, April 29, 2011

Solat Hajat Mingguan

Kami di SMK Dato' Abdul Rahman Yassin sekali lagi telah membuat penambahbaikan ke atas program yang kami laksanakan di sekolah.Untuk makluman semua terutamanya warga SDARY, penambahbaikan yang kami maksudkan ialah kami telah mengadakan program solat sunat Taubat dan solat sunat Hajat secara mingguan serentak dengan program membudayakan Al Quran.

Program yang kami adakan ini adalah atas idea dan inisiatif Pn Hjh Afrinah Bt Mohd Ikhsan selaku pengetua SDARY yang sangat mengambil berat tentang masalah tingkah-laku dan akhlak pelajar yang kurang bersungguh-sungguh berusaha untuk menjadi seorang pelajar muslim yang sebenar.Ini dibuktikan dengan sikap pelajar yang suka meninggalkan solat fardhu, banyak menimbulkan masalah disiplin, kurang menghormati ibubapa dan guru serta malas mengulangkaji pelajaran.