Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Friday, April 29, 2011

Solat Hajat Mingguan

Kami di SMK Dato' Abdul Rahman Yassin sekali lagi telah membuat penambahbaikan ke atas program yang kami laksanakan di sekolah.Untuk makluman semua terutamanya warga SDARY, penambahbaikan yang kami maksudkan ialah kami telah mengadakan program solat sunat Taubat dan solat sunat Hajat secara mingguan serentak dengan program membudayakan Al Quran.

Program yang kami adakan ini adalah atas idea dan inisiatif Pn Hjh Afrinah Bt Mohd Ikhsan selaku pengetua SDARY yang sangat mengambil berat tentang masalah tingkah-laku dan akhlak pelajar yang kurang bersungguh-sungguh berusaha untuk menjadi seorang pelajar muslim yang sebenar.Ini dibuktikan dengan sikap pelajar yang suka meninggalkan solat fardhu, banyak menimbulkan masalah disiplin, kurang menghormati ibubapa dan guru serta malas mengulangkaji pelajaran.

Diharapkan dengan terlaksananya program ini secara mingguan, para pelajar akan terbiasa dengan amalan-amalan yang dituntut dalam Islam seterusnya akan membentuk jati diri mereka sebagaimana yang sepatutnya sebagai mereka yang beragama Islam.

Program ini di adakan di surau melibatkan pelajar-pelajar lelaki yang dipilih dari dua kelas yang berasingan di mana mereka ini akan digilirkan mengikut kelas dan minggu.Manakala pelajar-pelajar perempuan pula akan berada di Balai Bestari untuk mengikuti program membudayakan Al Quran.

Untuk kemudahan para pelajar, kami lampirkan sekali kat sini jadual solat Hajat mingguan tersebut:


BIL
TINGKATAN
GURU PEMBIMBING
TARIKH
TEMPAT
1
3 Cemerlang & 5 Cekap
Ustaz Mansor
14.01.2011
Surau
2
Semua Tingkatan
Ustaz Mansor
21.01.2011
Balai Bestari
3
3 Cerdik & 5 Cekal
Ustaz Nordin
28.01.2011
Surau
4
3 Bestari & 5 Cerdas
Ustaz Mansor
11.02.2011
Surau
5
Semua Tingkatan
Ustaz Mansor
18.02.2011
Balai Bestari
6
3 Cerdas & 5 Bijak
Ustaz Nordin
25.02.2011
Surau
7
3 Pintar & 5 Pintar
Ustaz Nordin
04.03.2011
Surau
8
3 Cekal & 5 Bestari
Ustaz Mansor
11.03.2011
Surau
9
3 Cekap & 5 Cerdik
Ustaz Nordin
25.03.2011
Surau
10
3 Bijak & 5 Cemerlang
Ustaz Nordin
01.04.2011
Surau
11
3 Arif & 5 Cekap
Ustaz Mansor
08.04.2011
Surau
12
Semua Tingkatan
Ustaz Mansor
15.04.2011
Balai Bestari
13
3 Cemerlang & 5 Cekal
Ustaz Nordin
22.04.2011
Surau
14
3 Cerdik & 5 Cerdas
Ustaz Nordin
29.04.2011
Surau
15
3 Bestari & 5 Bijak
Ustaz Nordin
06.05.2011
Surau
16
3 Cerdas & 5 Pintar
Ustaz Mansor
13.05.2011
Surau
17
Semua Tingkatan
Ustaz Mansor
20.05.2011
Balai Bestari
18
Semua Tingkatan
Ustaz Mansor
17.06.2011
Balai Bestari
19
3 Pintar & 5 Bestari
Ustaz Nordin
24.06.2011
Surau
20
3 Cekal & 5 Cerdik
Ustaz Nordin
01.07.2011
Surau
21
3 Cekap & 5 Cemerlang
Ustaz Mansor
08.07.2011
Surau
22
Semua Tingkatan
Ustaz Mansor
15.07.2011
Balai Bestari
23
3 Bijak & 5 Cekap
Ustaz Nordin
22.07.2011
Surau
24
3 Arif & 5 Cekal
Ustaz Nordin
29.07.2011
Surau
25
3 Cemerlang & 5 Cerdas
Ustaz Nordin
05.08.2011
Surau
26
3 Cerdik & 5 Bijak
Ustaz Mansor
12.08.2011
Surau
27
Semua Tingkatan
Ustaz Mansor
19.08.2011
Balai Bestari
28
3 Bestari & 5 Pintar
Ustaz Nordin
26.08.2011
Surau
29
3 Cerdas & 5 Bestari
Ustaz Mansor
09.09.2011
Surau
30
3 Pintar & 5 Cerdik
Ustaz Nordin
23.09.2011
Surau
31
3 Cekal & 5 Cemerlang
Ustaz Nordin
30.09.2011
Surau
32
3 Cekap & 5 Cekap
Ustaz Nordin
07.10.2011
Surau
33
3 Bijak & 5 Cekal
Ustaz Mansor
14.10.2011
Surau
34
Semua Tingkatan
Ustaz Mansor
21.10.2011
Balai Bestari
35
3 Arif & 5 Cerdas
Ustaz Nordin
04.11.2011
Surau
36
3 Cemerlang & 5 Bijak
Ustaz Mansor
11.11.2011
Surau
37
Semua Tingkatan
Ustaz Mansor
18.11.2011
Balai Bestari









Pelajar perempuan tak diajak solat ke?Tak kesian ke? Bukan begitu, pelajar perempuan akan melaksanakan solat sunat Taubat dan solat sunat Hajat bersama dengan semua warga SDARY yang lain pada setiap minggu ketiga di Balai Bestari. Ini kerana, pada pengamatan kami pelajar perempuan kurang menimbulkan masalah berbanding pelajar lelaki.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar berlangsungnya program tersebut :

Ustaz Nordin memberi tazkirah ringkas sebelum solat

Sejurus sebelum memulakan solat

Ustaz Nordin memimpin solat sunat Hajat

Pelajar 5 Cerdas dan 3 Cerdik khusyuk melaksanakan solat 

 En Azmi PK koko turut bersama-sama pelajar melaksanakan solat sunat Hajat

No comments:

Post a Comment