Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Saturday, April 23, 2011

Menyelongkar Yahudi II

Siri 2 : The Coronation Stone:Jacob Pillow ( Batu Pertabalan: Bantal Yaakob )

Kembali semula kita membicarakan tentang siri Menyelongkar Yahudi dengan kepercayaan-kepercayaan mereka yang kebanyakannya menyeleweng dari fakta sebenar yang terdapat dalam kitab suci Taurat, ada juga yang tidak diketahui akan kesahihannya manakala hanya sebahagian kecil mempunyai persamaan dengan apa yang dinyatakan di dalam Al Quran dan Al Hadis.

Yang Kami maksudkan dengan menyeleweng itu ialah bersandarkan kepada sikap mereka terutamanya ahli-ahli agama atau pendeta mereka yang suka mengubah isi kandungan kitab Taurat sehingga sesuai dengan kehendak pembesar-pembesar atau sehingga sesuai dengan kehendak hawa nafsu mereka yang lemas dengan keseronokan dunia seolah-olah dunia ini tiada penghujungnya.

Sebelum ini kita menyelongkar kisah tentang The Wailing Wall atau Tembok Ratapan.Kali ini kita beralih pula kepada kisah Stone Of Jacob ( Batu Yaakob ) atau dikenali juga sebagai Jacob Pillow/Pillar ( Bantal Yaakob ), Stone Of Scone ( Batu Kuih Scone ), Stone Of Destiny ( Batu Takdir ), The Coronation Stone ( Batu Pertabalan ) yang sebenarnya mejadi kisah yang cukup masyhur di kalangan ahli kitab atau pengkaji sejarah di kalangan mereka yang beragama Yahudi mahu pun Nasrani ( Kristian ). Batu tersebut adalah sebuah batu blok berwarna kekuningan yang berukuran 26 inci, 16 lebar inci, dan 11 inci, dengan berat 152 Kg dan diukir dengan Salib Latin di atasnya.


Stone Of Jacob

Stone Of Jacob menurut Wikipedia telah di sebut dalam kitab Genesis yang merupakan sebahagian daripada kitab-kitab yang terangkum dalam Kitab Torah atau pun Taurat - bukan versi yang asal menurut pemahaman kita orang Islam- di mana batu ini telah digunakan oleh Jacob ( nabi Yaakob ) sebagai bantal di satu tempat yang dianggap suci oleh baginda dan menamakan tempat tersebut sebagai Bet-El.Baginda kemudian menyucikan batu tersebut untuk tuhan setelah menerima wahyu dalam mimpinya.

Secara terperincinya menurut Wikipedia ( di olah mengikut kepercayaan Yahudi );

Nabi Ya'akub adalah putera dari Isaac (Nabi Ishaq a.s). bin Abraham (Nabi Ibrahim a.s.) sedang ibunya adalah anak saudara dari Nabi Ibrahim a.s., bernama Rifqah binti A'zar (juga disebut Rabekah atau Rivkah dalam versi Yahudi dan Injil Kristian). Ishaq mempunyai anak kembar, satu Ya'akub dan satu lagi bernama Ishu (atau Esau dalam versi Yahudi dan Injil Kristian). Antara kedua saudara kembar ini tidak terdapat suasana rukun dan damai serta tidak ada menaruh kasih-sayang satu terhadap yang lain bahkan Ishu mendendam dengki dan iri hati terhadap Ya'qub saudara kembarnya yang memang dimanjakan dan lebih disayangi serta dicintai oleh ibunya.
Hubungan mereka yang renggang dan tidak akrab itu makin buruk dan tegang setelah diketahui oleh Ishu bahwa Ya'qublah yang diajukan oleh ibunya ketika ayahnya minta kedatangan anak-anaknya untuk diberkahi dan didoakan, sedangkan dia tidak diberitahu dan karenanya tidak mendapat kesempatan seperti Ya'qub memperoleh berkah dan doa ayahnya, Nabi Ishaq.

Melihat sikap saudaranya yang bersikap kaku dan dingin dan mendengar kata-kata sindirannya yang timbul dari rasa dengki dan irihati, bahkan ia selalu diancam. Maka, datanglah Ya'qub kepada ayahnya mengadukan sikap permusuhan itu. Ya'akub berkata mengeluh : " Wahai ayahku! Tolonglah berikan fikiran kepadaku, bagaimana harus aku menghadapi saudaraku Ishu yang membenciku mendendam dengki kepadaku dan selalu menyindirku dengan kata-kata yang menyakitkan hatiku, sehinggakan menjadihubungan persaudaraan kami berdua renggang dan tegang, tidak ada saling cinta mencintai dan saling sayang-menyayangi. Dia marah kerana ayah memberkati dan mendoakan aku agar aku memperolehi keturunan soleh, rezeki yang mudah dan kehidupan yang makmur serta kemewahan .
Dia menyombongkan diri dengan kedua orang isterinya dari suku Kan'aan dan mengancam bahawa anak-anaknya dari kedua isteri itu akan menjadi saingan berat bagi anak-anakku kelak didalam pencarian dan penghidupan dan macam-macam ancaman lain yang mencemas dan menyesakkan hatiku. Tolonglah ayah berikan aku fikiran bagaimana aku dapat mengatasi masalah ini serta mengatasinya dengan cara kekeluargaan.

Berkata Nabi Ishaq yang memang sudah merasa kesal hati melihat hubungan kedua puteranya yang makin hari makin meruncing:" Wahai anakku, kerana umurku yang sudah lanjut aku tidak dapat menengahi kamu berdua. Ubanku sudah menutupi seluruh kepalaku, badanku sudah membongkok, raut mukaku sudah berkerut dan aku sudah berada di ambang pintu perpisahan dari kamu dan meninggalkan dunia yang fana ini. Aku khuatir bila aku sudah menutup usia, gangguan saudaramu Ishu kepadamu akan makin meningkat dan ia secara terbuka akan memusuhimu, berusaha mencari kecelakaan mu dan kebinasaanmu.
Ia dalam usahanya memusuhimu akan mendapat sokongan dan pertolongan dan saudara-saudara iparnya yang berpengaruh dan berwibawa di negeri ini. Maka jalan yang terbaik bagimu, menurut fikiranku, engkau harus pergi meninggalkan negeri ini dan berhijrah engkau ke Fadan A'raam di daerah Iraq, di mana bapa saudaramu iaitu saudara ibumu, Laban bin Batu;il. Engkau dapat mengharap dikahwinkan kepada salah seorang puterinya.
Oleh yang demikian , menjadi kuatlah kedudukan sosialmu, agar disegani dan dihormati orang kerana kedudukan mertuamu yang menonjol di mata masyarkat. Pergilah engkau ke sana dengan iringan doa daripadaku. Semoga Allah memberkati perjalananmu, memberi rezeki murah dan mudah serta kehidupan yang tenang dan tenteram.
Dengan melalui padang pasir dan gurun yang terbentang luas dengan panas mataharinya yang terik dan angin samumnya {panas} yang membakar kulit, Ya'qub meneruskan perjalanan seorang diri, menuju ke Fadan A'ram dimana bapa saudaranya Laban tinggal. Dalam perjalanan yang jauh itu , ia sesekali berhenti beristirehat bila merasa letih dan lesu .Dan dalam salah satu tempat perhentiannya ia berhenti kerana sudah sangat letih, lalu tertidurlah Ya'akub dibawah teduhan sebuah batu karang yang besar yang dijadikannya sebagai bantal .

Dalam tidurnya yang nyenyak, ia mendapat mimpi  melihat ... sebuah tangga didirikan di bumi, dan puncaknya sampai ke langit, dan ada malaikat-malaikat Allah turun naik di atasnya. Dan lihatlah, TUHAN berdiri di atasnya dan berkata: "Akulah Tuhan  Abraham (nabi Ibrahim a.s.) ayahmu dan Tuhan Isaac (nabi Ishak a.s); tanah di mana kamu berpijak akan aku berikan kepada kamu dan keturunan kamu ( kenyataan ini sengaja diada-adakan bagi menguatkan hujah bahawa Allah SWT menjanjikan bumi Palestin untuk bangsa Yahudi ) . Juga keturunanmu akan seperti debu di bumi, akan tersebar di barat dan timur,  utara dan selatan, kamu dan  semua keluarga serta keturunan kamu di bumi akan diberkati.

Sesungguhnya, aku akan bersama-samamu ke mana-mana sahaja kamu pergi, dan Aku akan membawa kamu kembali ke negeri ini, sebab Aku tidak akan meninggalkan kamu sampai aku melaksanakan apa yang aku cakapkan kepadamu."Setelah bangun, Nabi Yaakub berseru:". Sesungguhnya amat menarik tempat ini dan ia tidak lain tidak bukan hanyalah  rumah Allah,! dan ini adalah pintu gerbang syurga! " Selanjutnya, ia menyebut tempat itu Bet-El, yang diterjemahkan menjadi "Rumah Allah". Ia mendirikan batu yang ia tidur di sebagai tiang, dan dikuduskan itu (disucikan).

Begitulah serba sedikit kisah tentang Stone Of Jacob yang diceritakan dalam Genesis dan diolah pula dalam Wikipedia sebagai sumber maklumat kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang kisahnya.

Namun begitu, terdapat juga versi-versi yang lain tentang batu ini seperti Scotland yang mendakwa bahawa batu tersebut adalah merupakan kisah rakyat Scotland begitu juga Yahudi di British yang mendakwanya sebagai cerita rakyat mereka.

Batu ini telah diangkat menjadi batu yang sangat suci dan bernilai di Ireland, Scotland dan British. Dari Tanah Suci Bet-El ia telah dibawa ke Ireland melalui Mesir, Sicily, dan Sepanyol, dan menjadi milik Dalriadic Awal Raja Ireland.Banyak peperangan dan pertumpahan darah berlaku baik untuk melindungi batu ini atau untuk mendapatkannya. Ketika benteng dari Raja Ireland, Bukit Tara, hilang daripada mereka, batu tersebut dibawa ke Scotland oleh Kenneth I Raja 36 Dalriada. Di sana ia ditempatkan di Abbey di Kue Scone dan menjadi sangat penting dalam penobatan Raja Scotland. Pada 1296, Scotland dikalahkan oleh Raja Inggeris Edward I, yang merebut batu itu, simbol kedaulatan Scotland, dan membawanya ke British.

Kerusi Pertabalan Yang Diletakkan Di Bawahnya Stone Of Jacob

Dia pikir ini akan mematahkan semangat melawan Scotland. Dia salah di mana mereka tetap berkeras untuk mengambil semula hak mereka ke atas batu itu. Pada tahun 1398, di bawah Perjanjian Northampton, kesepakatan dicapai di mana Inggeris berjanji untuk mengembalikan semula batu itu. Tapi mereka mengingkari janji itu dan batu itu tetap di Westminster Abbey di British. Di sini tetap hingga hari Natal tahun 1950 ketika kelompok Nasionalis Scotland muda mencurinya dan ditemui 4 bulan kemudian di Arbroath Abbey.

Kemudian ia kembali ke Westminster Abbey dan tinggal di sana hingga 1996 ketika Perdana Menteri Inggeris John Major dan Ratu Elizabeth memutuskan untuk mengembalikannya ke Scotland - dengan persetujuan bahawa penyerahan itu adalah sementara dan akan dibawa semula untuk penobatan Raja Inggeris yang seterusnya .

Batu Yang Dikatakan Bantal Nabi Yaakob

Dalam Islam, kisah Nabi Ya'qub tidak terdapat dalam Al-Quran secara tersendiri, namun disebut-sebut nama Ya'qub dalam hubungannya dengan nabi Ibrahim a.s, nabi Yusuf a.s dan lain-lain. Dengan erti kata yang lain, Al Quran tidak memperincikan kisah Nabi Yaakub a.s termasuklah kisah tentang Stone Of Jacob yang telah kita terangkan secara panjang lebar sebelum ini.Ia hanyalah kepercayaan ahli Kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani.Atau mungkin juga sebahagian dari cerita rakyat yang telah diperturunkan dari generasi ke generasi.

Walau pun mereka mendakwa kisah Stone Of Jacob dimuatkan dalam kitab Genesis namun ia bukanlah alasan untuk membenarkan dakwaan tersebut kerana sikap mereka yang suka mengubah-ngubah kandungan kitab-kitab suci seperti mana yang dinyatakan di dalam Al Quran.

Bahkan kita mesti berhati-hati jika sekiranya kisah ini juga tersebar di kalangan masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan dan kemusykilan.Kisah-kisah sebegini jika dipopularkan di kalangan orang Islam akan menjadi sebahagian daripada kisah-kisah Israiliyat.

Untuk pengetahuan semua, selain daripada ancaman hadis-hadis palsu, umat Islam juga terdedah dengan kisah-kisah Israiliyat yang sering dijadikan sebagai sumber teladan. Ketidakpedulian sesetengah pihak terhadap perkara ini (Khususnya di masa kini) menyebabkan cerita-cerita ini semakin tersebar sehingga memberika kesan yang negatif terhadap Islam.

Kisah Israiliyat dapat dibahagikan kepada 3 kategori iaitu

1. Berita yang disahkan oleh Islam dan disahkan benar. 
2. Berita yang ditolak oleh Islam dan disahkan bohong.
3. Berita yang tidak diiktiraf dan tidak pula ditolak oleh Islam

Kebanyakan kisah Israiliyat tidak mempunyai manfaat kepada agama dan contoh kisah-kisah tersebut ialah warna anjing ashabul kahfi, bilangan mereka, tongkat nabi musa diperbuat daripada kayu apa ?, Nama burung yang dihidupkan Allah untuk Nabi Ibrahim, Jenis pohon yang digunakan oleh Allah untuk berkata dengan Nabi Musa dan banyak lagi masalah-masalah lain yang tidak disebutkan secara jelas dalam al-Quran kerana tidak ada faedahnya dalam urusan agama dan duniawiyah seorang mukallaf. (Muqaddimah Tafsir Quranil azim, Imam Ibnu Katsir)

Menurut Dr Yusuf al-Qardhawi: “Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah meresapnya unsur-unsur Israiliyyat kepadanya dan sukar pula untuk dibersihkan”, katanya juga, “Seakan-akan Yahudi ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka mereka ingin menghadapi Islam dengan senjata lain sebagai ganti kepada kekalahan mereka – iaitu senjata peperangan pemikiran (al-ghazwuul fikr –penjajahan pemikiran). Lalu mereka memasukkan riwayat Israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu Israiliyyat telah mencekik kitab-kitab kaum muslimin (dipetik dari Thaqafah a-Daiyyag masa 41 Dr Yusuf Al-Qardhawi)

Kesimpulannya anggaplah kisah Stone Of Jacob sebagai sebahagian daripada sumber maklumat yang dijalin bersama-sama dengan pengetahuan-pengetahuan yang lain yang akan menjadikan kita sebagai insan yang kaya dengan ilmu pengetahuan buat bekalan kita semasa di dunia agar tidak tersesat dari jalan kebenaran.Wallahu Aalam.

No comments:

Post a Comment