Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Wednesday, April 6, 2011

Kitab La Tahzan Terapi Jiwa

ِAllah SWT berfirman :

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمْوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

سورة البقرة - سورة 2 - آية 

Maksudnya: "Dan sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan ketakutan, kelaparan, kehilangan harta benda, kehilangan nyawa dan kemusnahan hasil pertanian dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar"

Jika diperhatikan kepada ayat ini, maka sudah tentu kita dapat membayangkan bahawa hidup di dunia ini sebenarnya merupakan medan bagi Allah SWT menguji hamba-hambanya.

Bertolak dari situ, akan muncullah beberapa persoalan di benak pemikiran kita;Bila kita akan di uij?Mengapa kita diuji? Dengan apa kita diuji?


Persoalan bila kita akan diuji tidak mampu dijawab oleh seseorang yang mengaku dirinya sebagai makhluk kerana ianya hanya milik mutlak Allah SWT. Namun begitu kita mesti sentiasa bersedia menghadapinya kerana Allah SWT sudah pasti akan menguji setiap orang daripada kita dengan pelbagai ujian.

Memang Allah SWT pelbagaikan ujian tersebut seperti kematian orang yang tersayang, kemusnahan harta benda, ketakutan akibat peperangan, bencana alam, kemarau panjang dan sebagainya.Inilah jawapan bagi persoalan dengan apa kita diuji.Kepelbagaian ini sudah tentu mempunyai hikmahnya.Apa hikmahnya?

Hikmahnya tentulah berkait rapat dengan persoalan mengapa kita diuji.Kita diuji bagi mungukur tahap keimanan yang ada dalam diri masing-masing.Tentulah iman seorang rasul berbeza dengan iman orang kebanyakan, iman ahli ilmu berbeza dengan iman bukan ahli ilmu, iman ahli ibadat berbeza dengan ahli maksiat dan yang seumpama dengannya.

Nah....dari situlah maka Allah SWT mempelbagaikan ujian terhadap hambanya bersesuaian dengan kekuatan dan kelemahan yang ada pada setiap hambanya. Sebagai contoh; ujian yang Allah SWT berikan kepada para rasul jika diberikan kepada orang kebanyakan sudah tentu amat berat untuk dipikul olehnya. Jadi Allah SWT mengujinya dengan ujian lain yang lebih sesuai untuknya.

Walau pun ujian Allah SWT tetap menanti kita tidak kiralah sama ada ianya ringan, sederhana atau berat, kita kenalah menghadapinya dengan rasa tenang, redha dan syukur tanpa perlu menyalahkan takdir, mengungkit-ngungkit atau melakukan sesuatu di luar batas-batas keimanan seorang hamba.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi

Sekiranya kita diuji maka janganlah kita bersedih kerana bersedih tidak mampu menyelesaikan ujian dan masalah yang kita hadapi.Bacalah kitab La Tahzan karangan Dr A'idh Al Qarni  yang pernah meraih best seller suatu masa dahulu kerana ia boleh menjadi terapi jiwa apabila kita ditimpa ujian dan masalah.

Sesiapa yang berminat untuk membacanya bolehlah klik pada menu e book di bahagian header blog ini.Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment