Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Saturday, April 9, 2011

Rehatkan Minda Anda

Minda atau akal adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai kepada kita.Kerana mindalah kita diberi kepercayaan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.Kerana mindalah kita diiktiraf sebagai sebaik-sebaik makhluk kerana mampu mengawal nafsu dari berleluasa mengawal diri.Kerana minda jugalah kita dapat membezakan di antara yang hak dan yang batil.


Namun begitu, sesuatu yang mungkin tidak mampu dielakkan, bebanan kerja atau masalah boleh mengganggu minda seseorang,Jadi cara terbaik kita mesti merehatkan minda kita untuk seketika.Lakukan sesuatu aktiviti yang sesuai untuk kita merehatkan minda.Minda yang sihat membantu kita menjalani hidup yang sihat.


Cara merehatkan minda bergantung kepada individu seseorang,mengikut kesukaannya,ada orang lebih suka mengambil wudhuk, melakukan ibadat atau membaca Al Quran.Tak kurang juga ada yang suka bersukan,melancong,bergelak ketawa, berhibur dan sebagainya.Kita mesti pandai menguasai minda,jangan sampai minda menguasai kita.kalau minda menguasai kita,punah lah seluruh kehidupan kita,



Bagi kami pula, untuk membantu rakan-rakan yang mungkin sudah berjam-jam melayan komputer, maka kami telah menyediakan menu di bahagian header blog ini beberapa aktiviti untuk merehatkan minda.Antaranya ialah jigsaw puzzle , mencari benda yang tersembunyi, mencari perbezaan dan sudoku.


Kesemua aktiviti tersebut telah di link kan ke laman web yang menyediakannya secara online dengan pelbagai tahap dan bentuk yang pastinya menarik dan menghiburkan.Jemputlah layan ya....kat header blog ni....menu Rehat Minda...

No comments:

Post a Comment