Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Saturday, March 26, 2011

Qada' Dan Fidyah Puasa

Ada di antara orang Islam kurang memberi tumpuan kepada masalah qada' dan fidyah puasa.Al maklumlah bulan Ramadhan yang lepas telah pun berlalu - buat apa nak susah-susah - yang tahun ni pula lama lagi nak tiba.Yang memang jenis liat nak ganti puasa tu lagilah sengaja buat-buat tak ingat.Pada hal meninggalkan qada' dan fidyah puasa ni boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.Bahkan akan ditambah lagi koleksi dosa kita yang saban hari dok kumpul tanpa rasa segan.

Apa-apa hal pun elok juga rasanya
kalau kita berkongsi maklumat mengenai fidyah & qada’ puasa ni. Mungkin
ada yang kurang jelas tentang perkara ni.

Fidyah adalah denda yang harus dibayarkan kepada orang faqir/miskin yang
disebabkan meninggalkan puasa wajib bulan Ramadhan dan yang menyebabkan
seseorang harus membayar fidyah adalah karena beberapa hal, antaranya:

1. Tidak mampu

Orang yang tidak mampu untuk berpuasa seperti orang yang sudah tua maka
boleh meninggalkan kewajiban puasa Ramadhan. Dan sebagai gantinya, tidak
perlu mengqada‘/mengganti puasa di hari lain, tetapi perlu mengganti dengan
membayar 1 cupak makanan kepada fakir miskin satu hari untuk satu orang.
Alah berfirman:
Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak
berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin”.
(QS. Al-Baqarah: 184).

2. Sakit

Sakit yang dikategorikan sukar untuk sembuhkan lagi, sehingga tidak mungkin
baginya untuk mengqada‘ puasa di hari lain. Karena itu bagi mereka yang
menderita sakit seperti ini, perlu mengganti puasa dengan membayar fidyah.

3. Hamil/Menyusui

Wanita yang hamil atau menyusui anak boleh tidak berpuasa di bulan Ramadhan.
Menurut sebagian ulama, untuk menggantinya adalah dengan mengqada‘ dan
juga membayar fidyah.
Namun sebagian lain seperti Al-Hanafiyah mengatakan cukup mengqada‘ saja
tanpa membayar fidyah.
Hadits Nabi SAW
Dari Ibnu Abbas ra. Berkata, Keringanan buat lelaki dan wanita yang usia lanjut
yang tidak mampu puasa adalah boleh berbuka dengan membayar (fidyah),
memberi makan 1 orang miskin untuk sehari. Dan keringanan buat wanita
hamil dan menyusui kerana khuatirkan anak mereka adalah dengan membayar
fidyah.(HR Abu Daud)

Sebab Perbezaan

Para ulama memang berbeza pendapat dalam mengkategorikan wanita hamil
dan menyusui, apakah digolongkan sebagai orang sakit atau sebagai orang yang
lemah/tidak mampu berpuasa (seperti orangtua dan lain-lain).
Yang mengkategorikan sebagai orang sakit, maka mewajibkan
qada‘/mengganti puasa, karena bagi orang sakit memang wajib qada‘.
Firman Allah:
Maka barang siapa yang sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka),
maka wajib mengganti sebanyak hari yang dia tinggalkan itu pada hari-hari
yang lain (QS Al-Baqarah: 184)
Sedangkan yang mengkategorikan orang lemah/tidak mampu puasa,
mewajibkan bayar fidyah tanpa qada‘.
Dalilnya adalah terusan ayat diatas:
Dan bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak puasa)
membayar fidyah)yaitu memberi makan seorang miskin (Al-Baqarah 184).
Dan Imam syafi‘i mewajibkan keduanya iaitu bayar fidyah dan juga qada
karena beliau memasukkan orang hamil sebagai orang sakit sekaligus pula
orang lemah.
Wallahu a‘lam bis-shawab.
(sumber dari: http://www.pks-jaksel.or.id/Article1416.html)

Ok, kat sini kita kongsi 1 kes:

Abu kini berumur 53 tahun, ketika Abu berumur 17,18,19 dan 20 tahun.
Dia tidak pernah berpuasa Ramadhan. Kini dia berazam dan bertekad
untuk mengqada’kan puasa yang ditinggalkan selama 4 tahun itu.
1. Berapa hari puasa yang wajib digantinya?
2. Apakah dia perlu membayar apa² denda (fidyah), dan berapa jumlahnya?

Jawapan:
1. jumlah hari yang wajib di qada’ ialah 30 hari x 4 bulan Ramadhan= 120 hari


2. Ya, perlu membayar fidyah.



1 cupak untuk sehari x 30 hari Ramadhan x jumlah tahun yang dilangkah
a) umur 17 tahun (36 tahun yang lalu)
30 cupak x 36 tahun = 1080 cupak

b) umur 18 tahun (35 tahun yang lalu)
30 cupak x 35 tahun = 1050 cupak

c) umur 19 tahun (34 tahun yang lalu)
30 cupak x 34 tahun = 1020 cupak

d) umur 20 tahun (33 tahun yang lalu)
30 cupak x 33 tahun = 990 cupak

Jumlah puasa yg perlu diganti: 120 hari
Jumlah fidyah yg perlu dibayar: 4140 cupak



nota:
1 cupak = 0.688 kg (1 gantang = 4 cupak = 2.75 kg )
untuk kiraan lebih tepat, sila dapatkan maklumat dari lembaga zakat

negeri masing-masing.


No comments:

Post a Comment