Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Saturday, March 26, 2011

Isu Bacaan Doa

Kenapa pula kami memilih tajuk di atas kali ini.Lain macam je bunyinya.Baca doa pun ada isu ke?Sebenarnya ada...siapa cakap tak ada?Pernah tak terfikir kalau kita diminta orang untuk membaca doa dalam sesuatu majlis sedangkan dalam majlis tu ada perkara-perkara yang kita rasakan tak berapa sesuai untuk memohon keberkatan dan rahmat Allah .

Sebagai contoh majlis yang menyelitkan sama nyanyi-nyanyian,tari-tarian,sukan olahraga yang pakaian pesertanya sangat mencolok mata,meraikan orang bukan Islam yang akan bersara dan macam-macam lagi isu yang memeningkan kepala terutamanya kami guru-guru Pendidikan Islam.

Seboleh-bolehnya tak naklah timbul suasana yang kurang harmoni antara mereka yang ditugaskan untuk membaca doa dengan pihak pentadbir.Ibarat menarik rambut dari dalam tepung.Tempoh hari kami telah berbengkel untuk membincangkan isu ni.Tapi kami tak boleh nak beritahu secara menyeluruhlah tentang perbengkelan tersebut kerana hasil bengkel tu belum lagi di perhalusi diperingkat yang lebih atas....maksudnya yang mempunyai autoriti untuk menyelesaikan isu ini.

Cuma cukuplah kami katakan bahawa ianya sekadar pandangan kami yang berbengkel tentang isu tersebut.Akan ada kemungkinan mereka yang bersetuju dengan kami atau tidak bersetuju dengan kami.Tak ada masalah kerana ia adalah satu pandangan.Semoga Allah SWT merahmati kita semua.

Bolehlah menilai pandangan kami tentang isu tersebut di sini.......Kalau dah baca tu berilah komen ye...

No comments:

Post a Comment