Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Thursday, March 31, 2011

Halal Dan Haram Dalam Islam - Dr Yusof Al Qardhawi


Kitab  al-Halal wa al-Haram fi Islam merupakan antara karya yang awal dikarang oleh Dr. Yusuf al-Qaradawi. Cetakan pertama bermula pada tahun 1959M dan dicetak lebih daripada 13 kali di samping secara cetak rompak yang telah dilakukan banyak kali.

 Berkenaan dengan kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam ini, ia menjadi kitab masyhur di seluruh dunia, lebih-lebih lagi di Tanah Arab. Syeikh Ali al-Tantawi, sasterawan Islam terulung telah menjadikan buku ini sebagai teks pengajarannya di Kuliyah al-Tarbiyah, Arab Saudi.

Berkenaan dengan buku ini, Mufti Besar Arab Saudi, al-`Allamah Syeikh Abdul Aziz bin Baz pernah menghantar surat dan memberitahu bahawa Kementerian Penerangan bertanyakan kepadanya status buku ini sama ada dibenarkan untuk memasuki pasaran atau sebaliknya. Beliau menambah, ramai ulama’ membuatmulahazah dan kritikan dalam lapan masalah yang memerlukan i’adah al-nazaratau kajian semula.


Syeikh al-Qaradawi menjawab dengan penuh hikmah dan menceritakan sifat para ulama’ yang sentiasa berkhilaf semenjak zaman para sahabat dari sudut pandangan tidak hati-hati mereka. Akhirnya, Syeikh Abdul Aziz bin Baz sebagai Mufti Besar Arab Saudi, membenarkan buku al-Halal wa al-Haram fi al-Islam untuk pasaran dan bacaan di Arab Saudi.

Buku ini, menjadi lebih menarik dengan takhrij hadith yang dibuat oleh al-Muhaddith, Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani dengan menomborkan hadith.

Antara keistimewaan yang terdapat pada buku ini ialah:
  1. Menjawab dan merungkai permasalahan  ummah pada masa kini.
  2. Memperkenalkan masyarakat kepada dalil-dalil, sama ada secara naqli atau aqli.
  3. Memimpin pembaca untuk makrifah dan mengenali caraistinbat hukum.
  4. Menjelaskan bagaimana penggunaan kaedah Usul Fiqh dan kaedah Fiqh.
  5. Mengemukakan fatwa ulama’ dan pendapat mereka.
  6. Mendahulukan maslahat dan juga menolak mafsadah dalam mengemukakan hukum ijtihad.
  7. Tidak terikat dengan hanya satu-satu mazhab.
  8. Menjawab isu-isu kontemporari dan moden dengan menghubungkan illah pada qias.
Untuk membaca secara mendalam tentang kandungan kitab ini silalah ke page atau menu Pedoman di bahagian header blog ini.Kitab tersebut didatangkan dalam bentuk e book yang telah kami muat turun daripada file hosting yang diberi secara percuma.Semoga Allah SWT memudahkan kita semua dalam memahami urusan agama.Amin.Selamat membaca.


No comments:

Post a Comment