Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Monday, April 18, 2011

Gempa Bumi Dari Perspektif Islam

Peristiwa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini yang mengorbankan ribuan nyawa manusia, telah mengingatkan kita kepada kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta dan pentadbir alam ini.Tiada satu pun makhluk di bumi ini selain dari manusia,jin dan syaitan yang berani mengengkari perintah Allah Azza Wa Jalla.Apabila mendengar seruan كن    maka  فيكون  lah kesudahannya.






Walau pun pada dasarnya banyak kajian dan teori yang telah dikemukakan bagi membongkar kerakusan gempa bumi dan tsunami ini terutamanya dari segi saintifik, namun kesudahannya tetap membawa kepada teori-teori dan persoalan-persoalan yang tiada bukti dan tiada jawapannya.

Wednesday, April 13, 2011

Belajar Modul Mail Merge

Modul Mail Merge (Microsoft Word +Microsoft Excell (Microsoft Office XP)
Sebenarnya modul mail merge ni dah lama kami gunakannya terutama
 apabila kami perlu membuat sijil yang melibatkan jumlah pelajar yang 
banyak seperti membuat sijil PAFA bagi pelajar-pelajar yang menduduki
 Peperiksaan PMR atau pun SPM.Tetapi baru-baru ni adalah ustazah 
kami yang dah terlupa cara-cara nak gunakan modul mail merge ni.
Itu yang rasa nak masukkan modul ni dalam blog kami dengan sedikit 
pengubahsuaian.

Terima kasih kepada sahabat Ibnu Muiz yang mengajar kami cara 
menggunakan modul ini.JazakAllah Khairan Kathiran.Dengar khabar 
dah menjadi orang penting kat JPN Selangor.Tahniah dari kami.

Modul ini dibina oleh beliau  untuk  membantu pengguna membuat 
 surat atau sijil yang banyak dengan menggunakan satu  muka surat 
MsWord serta mendapatkan data-data dari MsExcell.


Cuma kami telah  membuat sedikit pengubahsuaian bagi 
mempermudahkan lagi mereka  yang baru nak mencuba.Yang dah
 expert tu kalau nak tengok juga  dialu-alukan.Tapi modul yang 
ditunjukkan ini untuk Microsoft Office XP sahaja.Untuk 
Microsoft Office 2007 tu mungkin kami tunjukkan pada
lain entry...... kalau ada kesempatan....

Sunday, April 10, 2011

Menyelongkar Yahudi

Seorang pelajar telah bertanya kepada kami tentang "The Coronation Stone: Jacob Pillow" atau dalam bahasa melayunya "Batu Pertabalan: Bantal Yaakob" yang merupakan salah satu kepercayaan orang-orang Yahudi sehingga ke hari ini. 

Kami terdiam seketika kerana tiada fakta yang lengkap ketika itu untuk diberitahu kepada pelajar tersebut.Cuma yang mampu kami beritahu ialah ia adalah kepercayaan agama yahudi yang masih di yakini hingga ke hari ini.

Bermula dari situ, timbullah satu idea untuk kami selongkar serba sedikit kepercayaan-kepercayaan orang yahudi yang masih menebal dalam diri mereka sehingga menyukarkan mereka untuk melihat kebenaran yang dibawa oleh agama Islam di samping kesombongan dan kederhakaan mereka kepada Allah SWT sebagaimana yang banyak dinyatakan di dalam Al Quran.

Semoga tulisan ini akan membawa manfaat kepada kita semua.Amin.

Saturday, April 9, 2011

Rehatkan Minda Anda

Minda atau akal adalah anugerah Allah SWT yang tidak ternilai kepada kita.Kerana mindalah kita diberi kepercayaan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.Kerana mindalah kita diiktiraf sebagai sebaik-sebaik makhluk kerana mampu mengawal nafsu dari berleluasa mengawal diri.Kerana minda jugalah kita dapat membezakan di antara yang hak dan yang batil.


Namun begitu, sesuatu yang mungkin tidak mampu dielakkan, bebanan kerja atau masalah boleh mengganggu minda seseorang,Jadi cara terbaik kita mesti merehatkan minda kita untuk seketika.Lakukan sesuatu aktiviti yang sesuai untuk kita merehatkan minda.Minda yang sihat membantu kita menjalani hidup yang sihat.


Cara merehatkan minda bergantung kepada individu seseorang,mengikut kesukaannya,ada orang lebih suka mengambil wudhuk, melakukan ibadat atau membaca Al Quran.Tak kurang juga ada yang suka bersukan,melancong,bergelak ketawa, berhibur dan sebagainya.Kita mesti pandai menguasai minda,jangan sampai minda menguasai kita.kalau minda menguasai kita,punah lah seluruh kehidupan kita,

Friday, April 8, 2011

Belajar Ilmu Usul Fiqh

 Ilmu Usul al-Fiqh (Bahasa Arab: أصول الفقه) merupakan merupakan salah satu cabang ilmu yang berperanan penting dalam menyelesaikan masalah yang timbul, di mana masalah ini tidak dijumpai sebarang nas-nas dari al-Quran atau as-Sunnah.

Perkataan Usul al-Fiqh berasal dari dua perkataan bahasa Arab, iaitu Usul dan al-Fiqh. Dari segi bahasa, Usul bererti asas, sumber, kaedah atau dalil, manakala al-Fiqh membawa maksud memahami sesuatu perkara. Dari segi syarak pula, al-Fiqh bererti pengetahuan tentang hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang difahami melalui dalil-dalil tafsili.

Hasil daripada gabungan Usul dengan al-Fiqh, maka terbentuklah satu istilah yang tersendiri iaitu Usul al-Fiqh. Ilmu Usul al-Fiqh membawa definisi ilmu tentang kaedah-kaedah mengistinbat hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf dari dalil-dalil tafsili.