Islamic Widget

Blog ini masih dalam pembinaan.Harap maaf dengan kesulitan yang dihadapi.

Friday, April 29, 2011

Solat Hajat Mingguan

Kami di SMK Dato' Abdul Rahman Yassin sekali lagi telah membuat penambahbaikan ke atas program yang kami laksanakan di sekolah.Untuk makluman semua terutamanya warga SDARY, penambahbaikan yang kami maksudkan ialah kami telah mengadakan program solat sunat Taubat dan solat sunat Hajat secara mingguan serentak dengan program membudayakan Al Quran.

Program yang kami adakan ini adalah atas idea dan inisiatif Pn Hjh Afrinah Bt Mohd Ikhsan selaku pengetua SDARY yang sangat mengambil berat tentang masalah tingkah-laku dan akhlak pelajar yang kurang bersungguh-sungguh berusaha untuk menjadi seorang pelajar muslim yang sebenar.Ini dibuktikan dengan sikap pelajar yang suka meninggalkan solat fardhu, banyak menimbulkan masalah disiplin, kurang menghormati ibubapa dan guru serta malas mengulangkaji pelajaran.

Program Membudayakan Al Quran

Alhamdulillah pada pagi Jumaat 29.04.2011 SMK Dato' Abdul Rahman Yassin seperti biasa memulakan paginya dengan program Membudayakan Al Quran.Pejam celik - pejam celik program ni sebenarnya dah berlangsung hampir 15 tahun di sekolah kami. Sepanjang tempoh tersebut, banyak jugalah versi yang dibuat bagi menambah - baikkan lagi program ini sesuai dengan peredaran masa.
Kami di SDARY - pada tahun ini - telah menetapkan pada setiap minggu pertama dan keempat untuk membudayakan Al Quran di mana program akan dimulakan pada pukul 7.15 pagi dengan membaca ayat-ayat suci Al Quranul Karim serta terjemahannya selama 7.40 pagi diikuti dengan tazkirah ringkas selama 10 minit dan berakhir pada pukul 7.50 pagi dengan doa penutup, berselawat dan bersalam-salaman.

Wednesday, April 27, 2011

Resepi Masakan Percuma 4

Dah agak lama juga kami tak masukkan resepi baru kat blog ni.Maklumlah sebagai guru memang banyak kerja yang nak diuruskan.....sesuatu yang dah tak larat nak bincang.....bincang ke tak bincang ke pasal kerja ni macam tulah jugak...ye...

Kali ni kami akan masukkan resepi yang ringkas je tapi berbaloi kalau mencubanya...tak percaya...cubalah try  test dulu.....


KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahan ( 10 keping )

- Untuk Kuih Cara -

1 biji telur

1 1/2 cawan tepung gandum

1 cawan santan

Garam / gula

Untuk Inti -

6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)

1/2 biji capsicum (cili sala)

3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)

1 biji bawang besar di potong dadu

2 sudu serbuk kari daging

Sedikit Daun bawang di potong halus

Sedikit daun sup di potong halus

Garam n ajinamoto

Cara-cara

1. Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau

sehingga sebati .. jgn cair sangat.

2. Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak

sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan
bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan
sup , masak sehingga kering kuahnya.

3. Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan

kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga
15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.

4. ** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sb takde acuan kuih cara n dapur

i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain.

Saturday, April 23, 2011

Menyelongkar Yahudi II

Siri 2 : The Coronation Stone:Jacob Pillow ( Batu Pertabalan: Bantal Yaakob )

Kembali semula kita membicarakan tentang siri Menyelongkar Yahudi dengan kepercayaan-kepercayaan mereka yang kebanyakannya menyeleweng dari fakta sebenar yang terdapat dalam kitab suci Taurat, ada juga yang tidak diketahui akan kesahihannya manakala hanya sebahagian kecil mempunyai persamaan dengan apa yang dinyatakan di dalam Al Quran dan Al Hadis.

Yang Kami maksudkan dengan menyeleweng itu ialah bersandarkan kepada sikap mereka terutamanya ahli-ahli agama atau pendeta mereka yang suka mengubah isi kandungan kitab Taurat sehingga sesuai dengan kehendak pembesar-pembesar atau sehingga sesuai dengan kehendak hawa nafsu mereka yang lemas dengan keseronokan dunia seolah-olah dunia ini tiada penghujungnya.

Sebelum ini kita menyelongkar kisah tentang The Wailing Wall atau Tembok Ratapan.Kali ini kita beralih pula kepada kisah Stone Of Jacob ( Batu Yaakob ) atau dikenali juga sebagai Jacob Pillow/Pillar ( Bantal Yaakob ), Stone Of Scone ( Batu Kuih Scone ), Stone Of Destiny ( Batu Takdir ), The Coronation Stone ( Batu Pertabalan ) yang sebenarnya mejadi kisah yang cukup masyhur di kalangan ahli kitab atau pengkaji sejarah di kalangan mereka yang beragama Yahudi mahu pun Nasrani ( Kristian ). Batu tersebut adalah sebuah batu blok berwarna kekuningan yang berukuran 26 inci, 16 lebar inci, dan 11 inci, dengan berat 152 Kg dan diukir dengan Salib Latin di atasnya.

Monday, April 18, 2011

Gempa Bumi Dari Perspektif Islam

Peristiwa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini yang mengorbankan ribuan nyawa manusia, telah mengingatkan kita kepada kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta dan pentadbir alam ini.Tiada satu pun makhluk di bumi ini selain dari manusia,jin dan syaitan yang berani mengengkari perintah Allah Azza Wa Jalla.Apabila mendengar seruan كن    maka  فيكون  lah kesudahannya.






Walau pun pada dasarnya banyak kajian dan teori yang telah dikemukakan bagi membongkar kerakusan gempa bumi dan tsunami ini terutamanya dari segi saintifik, namun kesudahannya tetap membawa kepada teori-teori dan persoalan-persoalan yang tiada bukti dan tiada jawapannya.